t>

Breaking News

Isu Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah.


Ini sesuatu yang kita perlu baca. Boleh dijadikan info tambahan atas apa yang sedang berlaku ini. Ini ialah petikan Hansard Parlimen bagi tahun 2001. Sekarang tahun 2013. Maksudnya dah lama mereka menuntut Sabah dan beranggapan Sabah hak milik mereka.

Jadi, andaian mengatakan mereka masuk ke sabah secara berperingkat, kahwin dengan orang tempatan, mendapatkan IC untuk menakluk Sabah bukanlah andaian kosong. Mereka dah lama merancang untuk menawan Sabah.

Apa pun aku setuju isu neh perlukan penyelesaian drastik. Hapuskan saja mereka semua bagi yang melawan, bagi yang tidak melawan, hantar pulang aje ke tempat asal. MENYUSAHKAN. 

Baca petikan bawah neh oke ;  

Hansard Parlimen 9 April 2001 (muka surat 137-140) - Isu Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Berkenaan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat bagi Keningau pada 4 April, 2001. Yang Berhormat bagi Keningau bercakap berkenaan dengan isu soal tuntutan Filipina ke atas Sabah yang berlarutan sejak tahun 1963.

Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, wilayah Malaysia telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebahagian daripada wilayah Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Soal siapa mempunyai tuntutan, tidak penting bagi kita. Yang pentingnya ialah kita mempertahankan kedaulatan, keselamatan, integriti dan kemerdekaan negara kita termasuk wilayah Sabah. Oleh itu, saya fikir Yang Berhormat bagi Keningau tidak perlu khuatir. Kerajaan akan apa juga langkah untuk menentukan kedudukan Sabah akan sentiasa dengan negaranya di dalam Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Presiden baru Filipina, Gloria Macapagal Arroyo...[Disampuk].

Tuan Wilfred Madius Tangau: ... Ini soal tuntutan Filipina ke atas Sabah. Adakah Yang Berhormat sedar tentang kewujudan satu laman web yang bernama www.sandakan.com dan bagi kita rakyat Malaysia di Sabah, kita merasa cemas dengan apa yang tertulis di situ. Sememangnya apa yang dinyatakan di situ bahawa kita Malaysia ini, masih lagi menyewa, we are still renting Sabah. Kerajaan Negeri Sabah masih membayar tiap-tiap tahun RM5,000 kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram dan itu adalah satu kebenaran. Jadi, oleh sebab itu apabila dalam laman web itu, keluar di situ dan menyatakan bahawa bukan kami yang illegal, bukan rakyat Filipina yang ada di Sabah yang dianggarkan setengah juta yang illegal tetapi kita yang illegal, iaitu Malaysian sebab kita ini renting. Jadi, sebab itu, kita merasa cemas sebab daripada segi kedudukan keselamatan di Sabah. Saya minta penjelasan sedikit dalam soal ini. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar: Saya hendak membuat penjelasan kepada Yang Berhormat bagi Tuaran. Kita bezakan hak milik wilayah dengan pembayaran pajakan. Ia tidak bermakna kita sebahagian daripada negara Filipina atau sebahagian daripada Kepulauan Sulu. Ia adalah sebahagian daripada Malaysia dan ini telah diiktiraf. Filipina sendiri bila dia mengadakan perhubungan dengan Malaysia, bermakna Malaysia mengandungi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jadi, kita tidak perlu khuatir berkenaan laman web www.sandakan.com . Laman web itu ada bermacam-macam lama web ada. Kita yang pentingnya ialah menjaga keselamatan negara kita. Sebab itu tadi, Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengatakan, kit mempertingkatkan keselamatan di Sabah, perairan kita dan ruang udara kita untuk menentukan kedudukan wilayah kita akan sentiasa terselamat dan terjamin.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih kerana penjelasan itu. Jika sekiranya ini benar, bahawa kita ini benar-benar satu wilayah yang berdaulat dan memang sebahagian daripada negara kita, kita ini Malaysia, saya minta penjelasan kenapakah sehingga ke hari ini, Kerajaan Filipina tidak bersetuju untuk mewujudkan consulate di Kota Kinabalu sebab sepatutnya..., ini yang British ini, Jepun pun mempunyai consulate di Kota Kinabalu sedangkan rakyat Jepun di sana tidak ramai, yang tinggal pun tidak ramai tetapi, di Sabah mempunyai begitu ramai rakyat Filipina sama ada dia pelarian kah, pendatang tanpa izin, kenapa dia tidak bersetuju dan kenapa negara kita tidak dapat menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar: Saya fikir Yang Berhormat, pertamanya Yang Berhormat sebagai orang Sabah mesti mempunyai keyakinan. Apa pun orang bercakap berkenaan negara kita, kita jangan peduli walaupun kita kena fikirkan. Kalau kita fikirkan dia tidak ada consulate, maka khuatir kedaulatan dan integriti wilayah kita terjejas, ini melemahkan kedudukan kita. Dari segi undang-undang, mereka tahu mereka adakah hubungan, bermakna mereka mengiktiraf Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negara sudah menandatangani persetujuan iaitu Malaysia adakan konsulat di Davao dan Filipina mengadakan konsulat di Kota Kinabalu dan peruntukannya pun sudah ada. Hanya mereka menunggu masa yang sesuai untuk mereka buat langkah politik membuka konsulat di Kota Kinabalu. Jadi, dengan itu kita tidak perlu merasa khuatir berkenaan ini kerana kita akan usahakan tetapi Presiden Glora Macapagal Arroyo nampak mempunyai perasaan kemesraan yang positif terhadap Malaysia.

Beliau mahu perhubungan dua hala Malaysia rapat dengan Filipina dan begitu juga mereka menggunakan tempat kita untuk menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan di selatan Filipina bagi gencatan senjata dan beliau menghantar dua wakil khasnya untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kita. Ini adalah perkembangan-perkembangan yang positif.

Datuk Yong Teck Lee: ... Soal tuntutan Filipina kepada Sabah ini memang telah dibangkitkan dahulu dan Timbalan Menteri ada memberikan jawapan tetapi apa yang kita nampak ini, tindakan eksekutif Republik Filipina ini lain daripada tindakan legislatif di negara Filipina di mana apa yang kita lihat selama ini, termasuk perundingan dengan MIOF tidak selaras dengan hasrat Manila hendak menyelesaikan tuntutan Filipina ini disebabkan baru-baru ini negara Filipina meminta campur tangan dalam kes perbicaraan di hadapan ICJ mengenai Pulau Sipadan-Ligitan.

Itu saya rasa adalah satu tindakan provokatif kepada negara Malaysia. Itu tidak selaras (inconsistent) dengan apa yang Kerajaan Filipina suarakan. Itu saya anggap sebagai satu provocation. Mereka minta campur tangan dalam Pulau Sipadan-Ligitan berdasarkan claim kepada Sabah. Campur tangan negara Filipina kepada kes di hadapan ICJ di Pulau Sipadan dan Ligitan, bukan dengan izin, stand on his own. Kes itu melalui tuntutan di Sabah.

Jadi, saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada menyuarakan dalam hal ini, bukan kita khuatir kedaulatan negara Malaysia di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kita cuma minta supaya pihak Wisma Putra mengambil tindakan dan profil yang lebih tinggi dan lebih agresif dalam hal ini. Sekian.

Datuk Seri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar: Oleh kerana Wisma Putra adalah Wisma Putra dan kita kena berbaik dengan semua negara, maka cara-cara provokatif itu yang kena dibuat oleh Yang Berhormatlah dan kita akan berikan maklumat yang cukup. Walau bagaimanapun, kita akan mempunyai ketegasan untuk mempertahankan kedudukan negara kita di Sabah. Jadi, jangan khuatir.

Saya tahu oleh kerana kes Pulau Ligitan dengan Sipadan ini sekarang di ICJ, dia terpisah daripada tuntutan Sabah secara keseluruhan tetapi ada cara untuk mengaitkan tetapi saya tidak boleh bincang oleh kerana perkara ini baru dibincangkan dan perkara itu akan dibuat dan dihujahkan di ICJ di Hague dan kita mengambil tindakan tegas membantah Filipina daripada masuk campur di dalam tuntutan kita dengan Indonesia. Jadi, itu ketegasan yang telah kita ambil Yang Berhormat.