t>

Breaking News

NGO lapor SKMM dakwa 'cyber troopers' pembangkang ekstrem

Tindakan lapor polis tu dah betul. Memang tak patut sungguh pasal politik nak ugut2 bunuh orang rogol apa seme. Aku setuju sangat. Cukup kita berhujah kalau berbeza pendirian. Paling2 koman pun maki je depa2 yang bersikap biadap kalau super impose gambar pemimpin pr dengan cara keji.

Tapi tak perlu la sampai kita buat pula apa yang depa buat. Super impose ke apa ke kita jangan amalkan. Ini termasuklah ugutan bunuh. Apapun aku was2 juga dengan laporan berita neh. Almaklumla utusan la katakan. Memang wajar kita pertikaikan. Tah2 nak burukkan pembangkang je.

Lagi satu yang aku heran. Kalau NGO neh boleh kumpul bukti kata2 kesat dan gambar super impose yang penyokong pr sebarkan, bagaimana pula dengan umno dan bn? As far as i concern, depa pencetus bahkan depa yang expert dalam field neh. Penyokong2 pr jarang la melalak dan supee impose. Ini tuduhan rambang je ke apa?

Baca bawah ;

NGO lapor SKMM dakwa 'cyber troopers' pembangkang ekstrem

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya berhubung tindakan ekstrem 'cyber troopers' pembangkang yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, menyebarkan fitnah, gambar lucah serta ugutan rogol dan bunuh di laman sosial Facebook.

Presiden Malaysian Youth Right Movement Shean Yee Aun berkata laporan kepada SKMM itu juga termasuk isu penyebaran gambar lucah dan tidak sopan yang diubahsuai dengan wajah pemimpin MCA di laman propembangkang di laman sosial itu.

"Ini merupakan perbuatan yang keterlaluan kerana terdapat beribu-ribu gambar seperti ini yang dikongsi di kira-kira 100 laman politik pro-pembangkang di Facebook.

"Adakah ini sihat? Ibu bapa kita, anak-anak kita tengok benda macam ini kita boleh terima tak? Agama mana budaya mana yang boleh terima?" katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Katanya laporan itu dibuat berikutan aduan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun yang menerima kata-kata kesat serta ugutan rogol dan bunuh melalui laman Facebook hanya kerana beliau berlakon dalam sebuah video yang menyokong kerajaan yang disebarkan di YouTube.

Shean yang merupakan bekas anggota DAP dan keluar dari parti itu pada hujung 2008, berkata beliau sendiri turut menerima kata-kata kesat dan amaran, selain difitnah walaupun kini berjuang atas tiket NGO dan tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Kalau mereka tak setuju dengan perbuatan atau tindakan, jangan sampai ke tahap gangsterism, cyber violence atau ke tahap yang sangat-sangat ekstrem. Ini sesuatu yang sangat tidak baik untuk pemuda-pemudi kita," katanya.

Ditanya mengapa beliau meninggalkan DAP, Shean berkata beliau merasakan parti itu 'terlalu palsu' dan mendakwa permainan politik mereka terlalu kotor selepas pilihan raya umum 2008.

"Perkara yang saya tunjukkan hari ini memang satu bukti... mereka sanggup buat apa sahaja untuk musnahkan orang yang tak nak dengar mereka, atau orang yang bersuara menentang mereka. Ini adalah budaya yang sangat tidak sihat," katanya.

Shean berkata beliau berharap SKMM menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melakukan tindakan ekstrem tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain.