t>

Breaking News

Pemimpin UMNO seru tonton video seks..


Adakah ini akhlak yang betul? I mean ada ke orang islam khususnya pemimpin dari parti yang self claimed memperjuangkan islam menyeru masyarakat menonton video lucah?

Gila. Ini betul2 gila. Ahmad Maslan tak malu.

Something is wrong la with his brain. Mana mungkin seorang muslim, pemimpin pula tue slumber mengajak rakyat menonton video lucah secara terang-terangan. Tak malu betul.

Ini kenyataan yang dipetik dari MKINI.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung  video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. Dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. 

Pendapat aku pendekatan Ahmad Maslan ini sesungguhnya salah. Sepatutnya dia serahkan kes tersebut kepada undang2. Dakwa di bawah mahkamah. Cakaplah atas pertuduhan zina dan liwat. Kenapa perlu seru rakyat tonton video lucah? Adakah ini apa yang ISLAM seru kita buat bila berhadapan dengan situasi seperti ini?

Oke. Dia cakap takde kaitan dengan UMNO. So buat apa dia promote lebih2? Takde kaitan tapi dia gak yang promote suruh tengok? Itu ke maksudnya takde kaitan?

Kalau takde kaitan sepatutnya seru pihak2 tersebut buka kes ikut saluran undang2. Bukan nya ajak orang tonton video lucah. 

And sudahkah Ahmad Maslan bertanyakan Ustaz Fathul Bari sebelum mengeluarkan apa2 kenyataan? Jika belum pergi tanya kepada yang pakar terlebih dahulu. Jangan merepek di akhbar. Bimbang anda memberikan persepsi yang salah tentang islam. Jangan kerana anda, islam pula mendapat tempias di malaysia. Akhlak buruk, bertambah2 buruk bila ia membabitkan UMNO. Fikirkanlah..