t>

Breaking News

ATM Campur Tangan Jika Letupan Bom Terus Berlaku..

WOW..

Ini nak berpolitik, berkempen ke nak berperang sesama rakyat dalam satu negara neh ek? Aku tak faham kenapa ATM perlu masuk campur disebabkan insiden bom neh? Bukan dok berperan dengan orang dari luar. Bahkan bukan berperang sekalipun. Just berkempen politik je pun. Dan ada orang buat propaganda main2 bom buatan sendiri.

Takan isu sekecil neh polis tak boleh selesaikan? 

Lagi satu. Yang kat lahad datu tue, bukan sekadar bom buatan tangan bahkan sampai anggota kita mati pun ATM tak terus campur tangan sebab menghormati undang2 Geneva ke apa bagai tah aku lupa nama penuh dia..

Yang neh.. hak eney.. dalam negara je kot. Takde la ancaman sangat kalau yang "PARAH" tue pun macam neh jek. 


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika insiden letupan bom terus berlaku dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di seluruh negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ATM dan PDRM bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mencegah perbuatan ganas itu yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara.

"Jangan gunakan taktik yang diimport dari Taiwan dan 'arab spring' bertujuan menakut-nakutkan pengundi," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Sungai Pulau Bagan Datuk.
Beliau mengulas insiden letupan bom dalam ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mendapat tahu perbuatan itu dilakukan oleh segelintir jentera pembangkang yang dianggap tidak mengikut acuan politik negara ini iaitu mengutamakan politik keamanan.
"Tentu ada perancangan yang teliti dibuat oleh golongan profesional kerana bom yang digunakan ialah bom jangka dari jarak jauh.
"Oleh itu jangan gunakan politik kotor dari negara luar untuk diterjemahkan di negara kita dalam siri kempen PRU-13," katanya.

Kemon la.. buat lawak ke apa Zahid Hamidi neh?

Pftt.