t>

Breaking News

Penyokong PR Kena Tetak Pasal Dadah Bukan Angkara Bendera Parti.

Aik..



Dan2 jek pasal dadah. Tah betul tah tidak. Tunggu je la hasil siasatan macam mana. AKu takmo tuduh2 tapi yela.. dah lama kes berjalan kan, dah berhari2 pun. Tapi tetiba timbul citer depa bergadoh pasal dadah. Boleh percaya ke neh?

Hehe

Seorang lelaki yang mengadu ditetak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas didapati bukan kerana dia menghalang premis perniagaannya di pasang bendera parti, tetapi berpunca dari kes pengedaran dadah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata siasatan terhadap dua suspek yang dilaporkan menetak mangsa, mendedahkan perkara tersebut.

"Pihak polis telah menangkap dua suspek tersebut dan merampas pil berwarna merah disyaki dadah, tiub straw berjalur kuning, wang tunai RM7,848 dan sebilah parang,"  katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata pengadu juga disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah, dari hasil maklumat yang diberikan suspek.

"Pengadu buat laporan palsu supaya pihak polis menangkap suspek dan pengadu akan terlepas daripada suspek yang memburunya," jelasnya.

Jalaluddin berkata pengadu akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dan Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Suspek yang menetak mangsa pula disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.