t>

Breaking News

Gaji Ahli Parlimen Malaysia, Perdana Menteri Bagi Tahun 2013.

Wakil rakyat tanpa kira partisan ialah pekerja yang dilantik oleh rakyat melalui sistem PRU. Mereka yang dilantik haruslah menjalankan amanah yang diberikan tanpa banyak cakap. Buat kerja. Bukan buat masalah. Buat kerja, jalankan amanah rakyat. Bukan melangok sana sini ataupun ponteng sidang parlimen.

Sudah sepatutnya mana2 ahli parlimen dan DUN yang ponteng persidangan parlimen dan DUN haruslah diberikan warning dan dipotong gaji mereka. Makan gaji buta je ke apa? RM10k gaji + elaun buta2 je dapat, ikut bulan le. Kalau bulan tue banyak elaun, maka banyak la gaji. Tue tak masuk lagi pelbagai faedah berkaitan.  Rujuk laporan kat bawah tue nanti.

Nak sangat jadi wakil rakyat. Tapi kerja tak boleh fully perform. Bila kena kritik, melenting. Tapi eh ko kot yang tawarkan diri jadi wakil rakyat.

Ada sesiapa paksa ka?

Macam takda ja.

Hehe.

Jadi tolong perform kerja tue elok2. Buat kerja sebab itu amanah ko. Gaji dah tinggi. So takde la alasan2 remeh temeh lagi. 

Berikut di bawah ialah gaji mereka bagi tahun 2013. Teliti jadual oke ;


Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.

Sumber : The Star.