t>

Breaking News

Tiada Kenaikan Harga Roti Gardenia.

Berikut di bawah ialah kenyataan rasmi dari pihak Gardenia sendiri. Baca la penjelasan penuh mereka ;

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.


Sumber rujukan :  http://gardenia.com.my/blog-bm/?p=64

Selain dari kenaikan harga roti, kenaikan harga minyak juga disensasikan di media sosial. Setelah lakukan pengesahan sendiri didapati info tersebut tidak berasas. Nampaknya terdapat satu trend yang suka menyebarkan maklumat palsu untuk mengenakan penyokong2 pakatan rakyat. Di harapkan ber-ahti2 sebelum menyebarkan sebarangan maklumat dibimbangi terperangkap dengan penyebaran maklumat palsu.

Bai.