t>

Breaking News

Sirul Azhar Rayu Hakim Isytihar Dia Tidak Bersalah Dan Dibebaskan!

Individu yang bunuh Altantuya. Bom mayatnya selepas menikam Altantuya yang sedang mengandung beberapa bulan ketika itu. Rekod, Altantuya ada merayu2 supaya dibebaskan [tidak dibunuh kerana mengandung ketika itu], namun rayuan dia tidak di endahkan.

Bunuh orang dah la salah. Bunuh plak seorang wanita yang sedang mengandung meskipun wanita tersebut dah merayu2 agar tidak dibunuh.. tidak kah pembunuh Altantuya ialah mereka2 yang kejam dan ber-ahti batu?

Zalim macam neh mana boleh dibebaskan. Melainkan ko kambing hitam seseorang. Ko tak bunuh, tapi dituduh membunuh. Ataupun bukan ko sorang je yang bunuh, tapi ko je yang kena hukum. Tue lain citer la kan. Memang la tak adil kalau ko je yang kena tanggung semua kesalahan2 tersebut.

Baru2 neh Sirul Azhar buat rayuan sekali lagi agar mahkamah bebaskan dia dan isytiharkan dia tidak bersalah kerana wujudnya unsur2 double standard sepanjang perjalananan perbicaraan nya di mahkamah.

Konon nya dia telah diberikan persepsi seolah2 dia ialah penjenayah meskipun belum terbukti lagi ketika itu.

Yang aku tertarik. Bila dia sebut begini antara point penghujahan dia dalam rayuan tersebut ;

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.
    
Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Bacaan penuh korang boleh akses kat sini ==>
http://www.sinarharian.com.my/semasa/sirul-azhar-mahu-mahkamah-rayuan-isytihar-perbicaraan-silap-1.167041


Secara tak langsung, penghujahan neh seolah2 mengambarkan bahawa Sirul Azhar mahu tahu ada dalang / big boss disebalik semua yang berlaku neh. Boleh juga jadi ini ialah pelan mereka bersama2 untuk bebaskan semua tertuduh yang terlibat dalam pembunuhan di atas.

Sebab apa aku sebut begini? Kalau benar ada dalang disebaliknya kenapa Sirul taknak buka mulut? Jangan2 Sirul sedang dilindungi, dia tak perlu risau, dia takan mati. Dia akan lalui proses perbicaraan yang panjang sehingga dibebaskan suatu hari nanti. Adakah dia mendapat jaminan seperti itu?

Aku andaikan je la. 

Kalau nak tahu Razak Baginda sangat2 low profile selepas insiden di atas. Menghilang. Senyap. Sunyi. Apa pun takde. Pelik tak?

Pelik kan?

So sememangnya kes neh pelik dari awal sampai akhir. Kepelikkan neh seolah2 tidak akan terjawab selagi individu2 tertentu berkuasa.. tengokla. Kalau mereka jatuh, apa yang pelik2 tue seme pasti terbongkar. Tunggu dan lihat. Oke bai.