t>

Breaking News

Pengikut Syiah Di Malaysia Cecah Sejuta Orang?

Wow.



Ramai juga pengikut2 syiah di Malaysia neh ek. Ingatkan tak la banyak mana. Dalam 10ribu ke apa ke. Tak sangka plak aku jumlah dorang lebih ramai dari itu. Antara

300 ribu

hingga ke

SEJUTA orang.

Phewww

Angka tue tinggi beb. Tak mustahil pengikut syiah ada di mana2 sekarang neh. Yang aku heran, ketua kumpulan Syiah Malaysia neh orang melayu ke bukan? Orang Malaysia ke bukan? Kalau dia orang melayu + Malaysia dah bebas menjadi ketua kumpulan Syiah Malaysia adakah ini bermaksud orang2 islam sunni boleh convert ke syiah?

Memang la dari segi peruntukkan undang2 cakap ia tak dibolehkan, tapi kita tengok sesiapa yang convert takde dikenakan apa2 tindakan pun.. so mungkin la ia tak dibenarkan tetapi tiada undang2 yang boleh menghukum perkara tersebut kot..

Hehe

Baca bawah ;


Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya. -UNEWS-