t>

Breaking News

Penjelasan Dari Bini Mat Yo.


Serahkan kepada peguam?

Untuk apa? SAMAN? Nak saman sapa? Pak Guard tue? Atau nak saman pihak2 yang sebarkan video dia? Atau nak saman pihak2 yang mengutuk dia secara berjemaah kat media internet?

Perghhhh

Guna peguam tue..

Rujuk kata2 dia yang dipetik dari harian metro ;
“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Bahkan harian metro turut mengesahkan bahawa bini matyo enggan memberi apa2 kenyataan samada dia terlibat atau tidak dalam isu penyebaran video pergaduhan tersebut di laman sosial..

Rujuk ;

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.
Kalau ko upload video tue, ko mengaku aje la ko upload. Kalau ko tak upload, ko mengaku aje la ko tak upload. Apsal ko taknak respon mengenai perkara itu pula? Kalau ko tak buat mesti ko mengaku terus terang punya yang ko tak buat kan. Ini sebab ko buat tapi ko taknak mengaku ko buat je. Inila yang orang ramai akan fikirkan nanti. Tak caya ko tengok la respon orang ramai bila depa baca penjelasan ko tue..

Apa pun aku harap bini matyo tak berlebih-lebihan dengan bawa kes neh ke mahkamah. Jangan la disaman pakcik tue. Sedih aku tengok luahan pakcik tue. Dia kan ;

1. Dah minta maaf.

2. Rendahkan diri sendiri untuk buat permohonan maaf secara terbuka.

3. Minta jangan disaman.

4. Dia orang susah yang cari rezeki ikhlas untuk sara keluarga

Kalau nak di ikutkan apa sebab yang pak guard tue nak kena minta maaf? Dia ada buat salah ke? Yang kena maki dia, yang kena marah pun dia, yang kena rakam dalam video pun dia, yang kena teranjang pun dia. Dia cuma jalankan tugas sebab itu memang tugas dia. Sudah la menipu, mengaku sebagai kaum kerabat pula tue, memaki hamun orang tua, upload video kat internet untuk malukan pakcik tue.. alih2 pakcik tue pula yang bakal disaman?

Bukan saja pakcik tue yang perlu berhati2. Bahkan sesiapa yang mengulas isu ini juga perlu berhati2. Silap2 habis korang semua kena saman. Tengok muka dia pun dah tahu. MENAKUTKAN BEB.

HAHAHAHA..  

Rujukan :  http://www.hmetro.com.my/articles/Tendangcelahkelangkang//Article?HarianMetro