Henti Sebar Khabar Angin Dan Klip Rakaman - Penjenayah Kes Tembak Pegawai Ambank Belum Ditemui.
Pagi tadi semasa pihak kami sebarkan satu klip rompakan dan tembak ada la beberapa individu maklumkan penjenayah tersebut telah ditahan. Nampaknya itu hanyalah khabar angin yang tidak berasas. Penjenayah tersebut masih bebas, belum lagi ditahan sehingga berita ini ditulis.
Pihak kami juga menerima laporan via wassap dari rakan PDRM meminta kami war2 di laman internet agar jangan ada mana2 pihak mengeluarkan apa2 statement melangkaui pihak polis. Jika sudah ada tangkapan, polis sendiri akan maklumkan. Jangan sesiapa pandai2 sebarkan khabar angin tanpa mendapatkan pengesahan dari pihak polis.
Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak kami juga di datangi oleh kenalan kepada keluarga mangsa menerusi wassap yang meminta kami mewar2kan secara meluas 2 perkara ;
1. Meminta orang ramai remove gambar arwah yang ditembak mati. Gambar itu bukan untuk tatapan umum ataupun sebaran awam.
2. Meminta agar orang ramai hentikan penyebaran klip video cctv yang memaparkan rakaman bagaimana arwah mati ditembak.
Ini dibuat untuk menjaga perasan kedua2 anak arwah yang trauma menghadapi kematian ibu mereka. Bayangkan jika ada di antara rakan2 mereka yang ada facebook dan maklumkan perkara ini kepada anak2 mangsa kejadian, tahu kah anda bagaimana anak2 ini?
Untuk rekod anak2 mangsa berusia 8 tahun dan 12 tahun.
Maka pihak kami berharap agar mana2 pihak yang ada rakaman dan gambar tersebut tolong la padam seberapa segera yang boleh.
Dan ini pula penjelasan dari pihak polis berhubung kes neh ;
Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.
Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.
Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.
Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. - Bernama