t>

Breaking News

Lagi Kes Budak Mati Kerana Ditinggalkan Dalam Kereta..


Masuk ke tahun baru 2014 ini kita dikejutkan sekali lagi dengan kematian budak berusia 3 tahun kerana di tinggalkan dalam kereta lebih dari 9 jam.

Tatau aku nak cakap apa bila baca alasan yang dikemukakan oleh bapa kepada mangsa dalam kes neh. Dia cakap dia terlupa nak hantar anak dia ke taska. Tapi tak perasan langsung kelibat anak sendiri di belakang tempat duduk kereta?

Aku ingat budak2 3 tahun perlu juga di ajar serba sedikit untuk buka cermin kereta apa bagai. Ikut pengalaman aku budak 3 tahun dah reti dah buka tingkap kereta kalau kita ajar dia. Budak2 sekarang cepat belajar.. daripada mati lemas macam tue aje, lebih elokla duduk dalam kereta.. dalam keadaan hidup meskipun tak nafikan tindakan tersebut mendedahkan diri kepada risiko yang lain pula..

Baca bawah neh ;
Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam. 

Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.


Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota. 

Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska. 

“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Lupa hantar anak ke taska 


Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). 

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.