Panas - Timbalan Menteri Pendidikan Di Tumbuk Oleh Pemuda UMNO !!!!!!
Dah panas le tue.
Mesti pemuda tersebut menyimpan dendam dan rasa sakit ahti yang tak terhingga ke atas batang tubuh timbalan menteri tersebut. Tue pasal kena tumbuk. Amek kaw.
WAKAKAK..
Btw, aku tak sokong PDRM menghukum individu yang tumbuk timbalan menteri tersebut. P. Kamalanathan. Biarpun dia dari UMNO sekalipun. Dia masih rakyat biasa oke. P. Kamalnathan neh nama pun menteri. Mestilah berjiwa besar melayani karenah rakyat. Ada la yang menyebabkan dia marah sangat. Sepatutnya siasat kenapa orang tue tumbuk muka kau. Kenapa orang tue marah sangat. Lepas tue cari jalan penyelesaian. Anggapla muka ditumbuk itu sebagai satu peringatan. Nak jadi menteri, buatlah kerja. Menyenangkan situasi lagi. Jangan menyusahkan rakyat. Jangan bagi tambah beban.
Baca ;
Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang
lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu
Selangor hari ini.
Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli
Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk
berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu
Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.
Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam
Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka
Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan
sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum
program bermula.
Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu
permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor
melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai
bekerja sebagai guru di Johor.
Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung
terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai
kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.
Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah
ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan.