Rakaman Video 2 Suspect Kematian Misteri 3 Beradik Di Kedah..


Gila ahhhhhhh

19 tahun? Masing2 baru berusia 19 tahun? Ini pesalah juvana kalau disabitkan kesalahan sekalipun. Sungguh tak ku sangka di Malaysia ini remaja pun dah ada kecenderungan untuk membunuh. 

Menakutkan wehhh!!!

Kalau tengok dari rakam video terbitan HMETRO, wajah suspect tidak langsung dicover2 oleh polis beb. Dengan kain ke baju ke haram ada. Kenapa? Adakah memang terbukti sudah pesalah2 juvana ini membunuh ketiga2 adik beradik tersebut? Walaupun rakaman tersebut tidak jelas, tetapi wajah salah seorang suspect tu ada la ternampak serba sedikit kat dalam video tersebut.

Rujuk ;

 

Ini semua kegilaan.

Sama macam berita gila yang aku dengar dari salah seorang budak sekolah rendah semalam. Dia cakap kat sekolah dia kecoh kes murid sekolah tahun dua yang didapati berpeluk2kan dalam kelas. Laki dan perempuan. Masuk2 kelas aje murid2 lain ternampak sepasang murid tahun dua, lelaki perempuan sedang berpelukkan. Dan ada murid mengaku yang dia nampak murid perempuan cium murid lelaki tersebut.

Ini memang kerja gila !!!!

Baru darjah 2 kot. Umur 8 tahun.

Kepala hotak dorang la. Itu sebab aku nak pergi kat sekolah budak neh. Nak maklumkan pada guru2 dorang yang aku dengar citer tersebut dari sekian2 pelajar. Minta kalau benar la insiden tersebut, mohon diambil tindakan dan adu la kepada mak bapak budak2 tersebut sebelum jadi kes yang lebih teruk kan. Memang budak2 sekarang menakutkan. Tak heran lagi kot dengan kes bunuh2 neh. Yang tersebar minggu lepas budak2 sekolah rendah bercium dan upload gambar di twitter pun ada. Apa la nak jadi dengan anak2 Malaysia neh. Habis rosak dibuatnya. Takde tsunami, takde gempa bumi, takde peperangan tapi negara kita tak pernah aman dari masalah sosial yang makin parah. Masak!

Share this :

Previous
Next Post »