t>

Breaking News

Borang Permohonan Bantuan Skim My Home - Analisis Dari Kaca Mata Rakyat.


Beberapa kali aku tag Najib Razak di twitter. Menceritakan mengenai permasalahan perumahan kat negara neh. Antaranya aku bagi dia idea untuk membuat satu senarai pendaftaran mereka2 yang tidak mempunyai rumah sendiri meskipun sudah berkahwin selama 2 tahun dan lebih samada mempunyai anak ataupun tidak mempunyai anak2.

Cadangan aku.

1. Kerajaan patut buat bancian dan kajian berpandukan kepada senarai pendaftaran mereka2 yang tidak memiliki rumah sendiri selepas berkahwin lebih dari 2 tahun.

2. Buat senarai pendaftaran negara mengenai rakyat2 yang tidak mampu memiliki rumah sendiri selepas berkahwin selama 2 tahun dan ke atas, samada ada anak ataupun tidak anak.

3. Juga buat satu senarai di mana mereka2 yang ada tanggungan samada berkahwin ataupun tidak berkahwin tetapi tidak memiliki rumah sendiri. Contohnya anak bongsu yang perlu menjaga ibu bapa tetapi dia dan ibu bapa hanya menyewa rumah selama bertahun2 ini.

4. Berpandukan kepada listing ini, kerajaan boleh mengkaji beberapa perkara.

5. Kelompok mana yang terbanyak tidak memiliki rumah sendiri.

6. Atas sebab apa mereka tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri.

7. Di kawasan mana yang mana mereka tinggal dan masih ramai tidak memiliki rumah sendiri.

Dari ini, kerajaan boleh pecahkan masalah dan susun satu persatu2 dan lantik perunding untuk mengkaji patern masalah. Mungkin di kawasan A terlalu banyak pemaju membina perumahan mewah, manakala di kawasan B, jarang2 pemaju nak bina rumah pula. Itu baru kes kawasan. Kalau ikut status, mungkin keluarga berstatus anak 2 tak mampu beli rumah disebabkan kekurangan deposit untuk beli rumah subsale ataupun lelong, mungkin pasangan yang baru berkahwin tidak mempunyai maklumat (tidak terdedah) untuk membeli rumah sendiri, mungkin yang dah lama berkahwin tidak mampu membeli rumah sendiri sebab seringkali tersepit dengan kenaikan kos sara hidup.

So masalah berpunca dari pelbagai sebab. Kerajaan patut titikkan masalah neh. Supaya kita boleh cari penyelesaian yang betul.

Lagi satu, senarai pendaftaran negara mereka2 yang tidak memiliki rumah ini juga boleh kita susun ikut tingkat kepentingan. Contohnya mereka2 yang dah berkahwin ada anak ramai ataupun mereka2 yang perlu menyara ibu bapa perlu diberikan akses pertama untuk memiliki rumah sendiri terlebih dahulu dan seterusnya la.

Benda neh pun bukan negatif pada pemaju. Pemaju boleh kenalpasti market mereka. Contohya di kawasan A ramai orang mendambakan perumahan selesa ataupun low cost. So pemaju boleh sasarkan rumah mampu milik dan low cost disitu. Apa erti bina rumah mahal2 tapi takde buyer? Atau bina rumah yang berharga serdahana tetapi ada pembeli. Bukan kah matlamat pemaju adalah mencari keuntungan. Aku tak rasa bina rumah bawah 100k akan susutkan keuntungan mereka. 

Sudah sepatutnya kerajaan kita teliti masalah berkenaan perumahan ini betul2. Mula2 kenalpasti masalah kemudian kaji cara nak selesaikan masalah. Skim MY HOME pada aku masih lagi belum menyeluruh untuk menyelesaiakan masalahan perumahan yang rata2nya dihadapi oleh majoriti rakyat kat negara neh.

Lihat skim yang dilancarkan oleh Najib baru2 ini ;

  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah
Syarat Kelayakan Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Borang Permohonan Skim MyHome

Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

Tarikh Permohonan Skim MyHome

Mulai 1 April 2014

Beberapa perkara yang tak kena.

1. Terhad kepada 10,000 unit rumah semata2.

2. Bayangkan semua unit rumah tersebut dibina di kawasan2 yang tertentu aje macam mana? Dalam erti kata lain, tak menyeluruh la senang cakap.

3. Kreditkan rm30,000 ke dalam account pembeli semacam menakutkan disini.

4. Bagi aku elok kreditkan terus kepada account pemaju dan anggap ia sebagai deposit untuk pembelian rumah.

5. Yang aku risaukan sangat2 ialah skim neh mengutamakan kroni2 mereka yang sama sekali tak layak dan sekaligus memingirkan mereka2 yang layak.

6. Itu sebab aku sarankan buat senarai pendaftaran negara mengenai mereka2 yang tiada rumah sendiri. At least kerajaan boleh cross checking dengan list tue dan mengutamakan bantuan kepada mereka2 yang lebih memerlukan..

7. Aku tengok kerajaan tekankan perumahan kos rendah dan mampu milik.

8. Aku tak rasa pemaju akan pergi kepada rumah kos rendah, maybe sasaran dorang rumah mampu milik.

9. Rumah mampu milik neh kadang2 nilainya mencecah ratusan ribu ringgit pun ada. Contoh 350k.

10. Bagi mengelak pemaju mengambil kesempatan (sengaja memperbesar2kan harga rumah sedangkan kos pembinaan tak mewajarkan harga tersebut) adalah lebih baik kerajaan tetapkan satu nilai rumah mampu milik yang mana harga tersebut boleh di anggap sebagai general price bagi seluruh Malaysia.

11. Saranan tak boleh jual rumah selama 10 tahun itu pada aku masih longgar. Sebaik2nya  tak boleh jual rumah secara sebarangan tanpa alasan yang jelas boleh dimasukkan sekali. Contohnya tak mampu bayar loan di bank.

12. Tolong juga ambil tahu mengenai kebanjiran rumah2 lelong di seluruh negara ketika ini.

13. Harga rumah2 lelong sebenarnya adalah lebih murah berbanding rumah baru dan rumah subsale.

14. Ada baiknya kerajaan buat satu skim rumah2 lelong ini dijual semula kepada mereka2 yang takde rumah dan memerlukan rumah sendiri sangat2.

15. Pembelian rumah lelong menuntut 10% deposit awal. COMPULSORY deposit ini. Katakan rumah teres dua tingkat dijual dengan harga rm220k di kawasan bandar, kurang2 kena ada 22k. Bayaran bulanan 900. Ikut gaji laki bini macam mampu. Tapi tengok deposit, alamak aii.. patah harapan.

16. Ada juga rumah lelong 65,000. Rumah teres setingkat. Zaman sekarang mana nak cari rumah teres setingkat 65,000 beb? 

17. So kenapa tidak kerajaan jangan sasarkan kepada unit2 yang bakal dibina semata2, bahkan cuba buka mata tue terhadap unit2 yang dah sedia dibina tapi takde pembeli disebabkan beberapa masalah tadinya tue. Macam biasa, tolong tolong tolong sasarkan pada golongan yang tiada rumah langsung. Utamakan mereka2 yang belum memiliki rumah sendiri untuk mendapatkan rumah sendiri terlebih dahulu.

18. Pendapat aku, KWSP sudah sepatutnya dijadikan bank draft untuk membeli rumah2 lelong. 

19. Mohon kerajaan alert sikit dengan persekitaran semasa.

Itula serba sedikit cadangan aku. Harap2 kerajaan boleh fikirkan sama macam mana nak selesaikan masalah perumahan di negara neh.