t>

Breaking News

Luahan Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Terhadap Ibubapanya (Encik Azizul & Puan Shalwati Nurshal).

 
Aishah berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudara yang bernama Puan Shalena Hisham Makhzan sebagai ibu kandungnya yang sebenar.
 
Aishah juga berasa rapat dengan adik-beradik perempuan Puan Shalwati Nurshal, dan merasakan mereka seperti ibunya yang sebenar.
 
Aishah tidak berasa dekat dengan ibu sebenarnya.
 
Ketika mendengar ucapan nak perempuannya di mahkamah daerah Solna, Puan Shalwati Nurshal berasa cukup sedih dan hiba sambil membetulkan tempat duduknya.
 
Manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin kelihatan sugul apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut anak prempuannya sendiri sambil menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
 
Apabila ditanya, Aishah mengakui yang beliau juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.
 
Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. “Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. “Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.
 
Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
 
Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2014 yang lalu.
 
Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Ada sesuatu yang dilalui oleh Aishah dan 3 adik beradiknya yang lain, yang aku tidak faham.

Ada sesuatu yang dilalui oleh ibu bapa Aishah, pasangan Malaysia di Sweden yang ditahan dalam kes penderaan anak2 yang aku juga tidak faham.

Maka, malas la aku nak ulas benda2 yang aku tak faham sebab semakin lama kes neh dibicarakan dan disebut2 semakin ia mengelirukan dan mengecewakan..

Namun, aku berharap agar Aisyah dan 3 adik beradiknya yang lain boleh memahami (aku percaya) ;

1. Ibu bapa korang sebenarnya sayangkan korang.

2. Mungkin kadang2 cara dan layanan dorang nampak kasar dan keras disebabkan melalui masa2 yang sukar. Kena marah dengan boss ke, ada masalah kewangan ke, sakit ke dan sebagainya yang korang tak nampak disebabkan ibu bapa kamu tidak bercerita kepada kamu..

3. Boleh jadi si ibu cemburu melihat kemesraan Aisyah bersama ibu saudara.. itu yang sebab dia marah2.. almaklumla Aisyah anak kandung dia tapi lebih rapat dengan wanita lain.. mungkin cara dia tunjukkan tue tak menepati kehendak Aisyah tetapi si ibu tak membenci Aisyah..

4. Jangan la kita hanya asyik mengimbau kenangan2 bila kena marah aje. Seolah2 macam la mereka marahkan kita tiap2 hari. Ada juga kenang kenangan yang mengembirakan. Yang menyedihkan dan mendukakan itu sebahagian kecik aje dari kesemua kehidupan kita bersama keluarga, Aisyah.

5. Namun, aku juga berharap jangan la ada di antara kita mencerca Aisyah dengan pelbagai tohmahan2 yang tidak perlu dan tidak patut.

6. Remaja hari neh tak sama macam remaja dulu.

7. Kita harapkan nanti suatu masa kelak, Aisyah akan memahami kasih sayang kedua orang tuanya tiada galang ganti..

Gambar dan sumber kredit berita semasa.