T-Team Bersumpah Depan Alquran Angkara Insiden Pergaduhan Dgn JDT - Anjuran Ahmad Said..


Amboi.

Sebelum Mat Said aka Robin Hood kita ada tak dia bertanyakan dulu kepada para ulama apa hukum dan dalil yang membenarkan perbuatan dia? Ke main sebarangan aje buat? Lagipun, FAM dah bagi kemenangan pada JDT kot. Sementara tunggu proses siasatan lengkap selesai, apa perlunya bersumpah bagai? Mengarut sungguh la Ahmad Said neh. Yang peliknya, dia neh MB Terengganu. Tengok jawatan bukan cikai2. Tapi tengok pemikiran? Alahai.. macam budak2 kecik. Sikit2 sumpah depan Alquran. Sikit2 sumpah depan Alquran. Ini setahu aku la kan, jenis yang bersumpah2 depan kitab neh bukan amalan dalam Islam. Tapi dalam agama lain memang selalu dah dorang amalkan. Macam menjadi satu tradisi pun ada.

HAHAHAHAHA..

Bagi aku ;

1. FAM masih lagi menyiasat kejadian. So tunggu aje la keputusan siasatan diumumkan dan tengokla macam mana keadaan nya.

2. Memang JDT disahkan telah memenangi perlawanan tersebut, tapi T-Team pun kena juga akur dengan undang2. Pergaduhan neh tercetus berpunca dari kedua2 pihak. JDT dan T-team sama2 perlu menerima hakikat bahawa mereka sama2 bersalah.

3. Jangan anggap bila kita tak bersetuju dengan acara sumpah kita pro JDT pula. Kita tak bersetuju dengan acara sumpah neh sebab ia tidak selari dengan pendekatan Islam. Dalam Islam kita diseru mencari keadilan tetapi kena juga gunakan cara yang betul. Kumpul saksi, kumpul bukti, kemukakan hujah dan lakukan proses penyiasatan. 

4. Bersumpah? Yela. Baik hapuskan mahkamah, baik tak payah ada peguam. Dah sikit2 nak bersumpah aje. Jangan fikir orang yang berani bersumpah itu takut tuhan. Jangan fikir asalkan mereka bersumpah, mereka di jalan yang benar dan betul. Yang mengaku takut tuhan tapi berani berzina pun ada. Ini kan pula sekadar bersumpah. Lagi la senang nak buat. Setakat berbohong guna nama Allah, nama Nabi ia bukan perkara yang luar biasa pun kat dunia neh..

5. BTW, bersumpah depan Allah neh cuma ada dalam pertuduhan Li'an. Kes derhaka/curang pasangan suami isteri antara satu sama lain aje. Dalam kes2 khas pula, bilamana kita dituduh melakukan sesuatu dan kita telah menggunakan kesemua jenis perundangan dan keadilan yang wujud untuk membuktikan kita tidak bersalah, disebaliknya dituduh secara salah, difitnah namun kita masih gagal bersihkan diri kita, maka bersumpah la sebaik2nya jalan. Itupun kena ikut beberapa peraturan yang ditetapkan.. bukan boleh suka2 bersumpah ikut mood aje.. 

Ahmad Said.. Ahmad Said..

Macam mana otak kau berfikir.. teruk sangat cara ko mengolah situasi dan menguruskan keadaan neh.. memalukan T-Team aje la tak pasal2..

Aduhaii..

Share this :

Previous
Next Post »