t>

Breaking News

Tragis !!!! 8 Sahabat Mati Lemas Di Sungai Muar.


Sebak tengok gambar ibu2 kepada mangsa kejadian yang tersiar di Harian Metro. Lebih sebak bila membaca bagaimana mereka semua meninggal dunia. Ada satu perenggan yang tertera di HM menyatakan aktiviti mengorek pasir dijalankan kat sungai tersebut. Adakah perkara itu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa? Dan jika ada kebenaran, maka adakah papan tanda dilarang berenang, bermandi manda di lokasi kejadian diletakkan sebagai tanda amaran? Budak2 neh tengok dari raut wajah budak2 yang baik. 

Bangun pagi niat nak berjoging, alih2 lemas di sungai akibat kekejangan otot setelah berjoging. Baru aku tahu rupanya selepas kita melakukan aktiviti fizikal, kita tak boleh berenang, bermandi manda bagi mengelakkan kekejangan otot. Budak2 neh mana la taw benda2 begitu. Itupun dorang bukannya lemas akibat bermandi sungai, lemas akibat tergelincir dari tebing sungai.

1. Mula2 salah seorang dari mereka tergelincir dari tebing sungai ;

2. Kemudian, dua orang terjun menyelamatkan sahabat mereka ;

3. Kemudian, terlihat ketiga2nya terkapai2, maka 2 dari mereka terjun untuk selamatkan rakan2 mereka yang sedang kelemasan ;

4. Kemudian, 2 lain pula ambil kayu selamatkan mangsa lemas, namun kedua2nya turut terjatuh, ;

5. Kemudian, yang last sekali, yang pandai berenang terjun juga untuk selamatkan rakan2 yang lain alih2 dia pun lemas sekali.

Penyudahnya 8 remaja mati lepas. Di antara 8 mangsa lemas itu, 2 daripadanya adalah adik beradik. Ibu bapa dia hilang 2 anak sekaligus. 16 dan 14. 


Untuk rekod, 3 daripada 8 mangsa telah pun ditemui. Lagi 5, pasukan mencari mengatakan mereka percaya mayat mereka akan timbul di permukaan sungai selepas 24 jam.

Kisah ini mendapat liputan meluas memandangkan mangsa lemas adalah dalam jumlah yang ramai iaitu 8 orang sekaligus disamping cara mereka lemas adalah disebabkan nak menyelamatkan rakan masing2 yang tergelincir dari tebing sungai. Mereka juga mungkin menjadi mangsa 'akibat kerja2 mengorek pasir' yang dilakukan tanpa notis melalui papan tanda dan sebagainya.

Nak cakap apa lagi pun dah tak guna dah. 8 nyawa sudah terkorban. Minta tolong penguatkuasa siasat siapa punya kerja yang korek2 pasir dan tak letakkan papan amaran sebagai langkah berjaga2. Rakyat perlu tahu.

Alfatihah untuk kesemua mangsa lemas. Insya-Allah syurga tempat korang semua.