Anwar Ibrahim Sahkan Tanding Jawatan Presiden KEADILAN.


Seperti yang dilaporkan oleh KD sebentar tadi. Anwar mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang. Anwar akan bertanding sebagai jawatan presiden. Dan ini bermaksud Wan Azizah tidak akan mempertahankan jawatan tersebut lagi pada penggal yang mendatang.

Pass button ke?

So.. siapakah yang berani mencabar Anwar?

Ada? Takde? Ada tapi tak berani?

HA HA HA

Baca ;

PETALING JAYA 10 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Presiden Parti KEADILAN Rakyat pada pemilihan parti Mei tahun ini.
Beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu program taklimat bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri selain pemimpin KEADILAN peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Cabang dari seluruh negara.
Majis taklimat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna, Bandar Utama bermula jam 2 petang tadi.
Perkara tersebut turut disahkan beberapa pegawai di pejabat Ketua Umum KEADILAN kepada Keadilandaily sebentar tadi.

Share this :

Previous
Next Post »