Berita Pesawat MAS Terhempas Dari Laman Web Astro Awani Di Tarik Balik.



Berikut adalah paparan berita yang menyatakan bahawa pesawat yang hilang dijangka telah terhempas di Laut China Selatan. Berita neh mencetuskan kekecohan apabila ia di share oleh orang ramai yang menjangkakan bahawa pesawat tersebut telah pun disahkan terhempas.

Selain dari laporan berita tersebut, kita juga mendapat maklumat dari sumber luar yang menyatakan bahawa pesawat tersebut disahkan telah pun terhempas.

Lihat ;


Semakan di laman web Aljazeera. Mereka tak update pun bab pasukan maritim telah dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa nahas kemalangan kapal terbang MAS MH370.

Lihat ==> http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/03/malaysia-airlines-contact-lost-with-plane-2014380297203817.html

Apa yang mereka kemaskini adalah ;

1. Kapal terbang tersebut lost contact dari radar.

2. Mereka hilang isyarat komunikasi dengan anak penumpang kapal dan krew kapal.

3. Kapal tersebut hanya dilaporkan HILANG. DI ULANGI, HANYA DILAPORKAN HILANG.

4. CHINA - MALAYSIA berkerjasama untuk menjejaki pesawat tersebut.

5. Tony Fernandes telah memadamkan status twitternya yang memberitahu bahawa radio penghubung kapal bermasalah namun anak kapal semua selamat namun, status tersebut telah dipadamkan.

Itu dari Al Jazeera.

Dari Awani. Mereka dah tukar tajuk artikel berita mereka. Maka semua perlu bertenang terlebih dahulu. Dalam Awani live pula ada yang menjangkakan ini mungkin salah satu konspirasi RAMPASAN KAPAL TERBANG.

Apa pun kesemua itu hanya la spekulasi yang tidak terbukti.

Diharapkan sapa yang SHARE berita dari AWANI tadi boleh alert kemaskini terbaru dari AWANI. Awani dah ubah tajuk artikel. 

Dan, untuk rekod, pihak VIETNAM menafikan bahawa mereka telah mengesahkan terdapat kapal terbang terhempas ataupun telah mengesan signal terakhir sebelum kapal tersebut hilang dari radar.

Rujuk ==> http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/08/Missing-plane-vitenam-false/

Dalam erti kata lain, terlalu banyak maklumat, terlalu banyak sebaran sampai tatau mana satu benar mana satu palsu.

Masing2 lepak dan bertenang dulu.

Ahli keluarga yang mana sedara mara mereka berada di kapal tersebut lebih cemas dari kita semua. Tak perlu tambahkan lagi kekusutan minda dorang.

Okay bai.

Share this :

Previous
Next Post »