Ustaz Asri Kritik Kaw2 Pihak Guna Bomoh Kesan #MH370.

Aku rasa malu. Tahu kenapa?

Bayangkan ;

1. Jika satu dunia tahu ada pegawai tertinggi kerajaan menjemput bomoh untuk mengesan MH370? Apa reaksi masyarakat di luar sana agaknya?

2. Ini kan negara Islam. Kita percayakan Allah. Ini kita guna bomoh apa tujuan nya? Bukan la kata tak boleh guna cara alternatif untuk kesan pesawat tetapi cara alternatif yang digunapakai itu tak boleh sampai menggadaikan akidah kita kepada pihak lain selain dari Allah semata2.

Kalau bomoh tue terer sangat kenapa dia tak kesan semua mangsa2 culik ke yang kena sorok dengan penjenayah ke dan sebagainya?

Jangan la buat citer BODOH macam neh boleh tak?

BUAT MALU ORANG MALAYSIA je la RAJA BOMOH DUNIA tue.. VVIP konon.. aduh.. lemah aku tengok..

Kata Dr. Asri ;



Petikan berita ;


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Petikan berita mengenai campurtangan bomoh tue rujuk sini ==>  http://sozcyili.blogspot.com/2014/03/raja-bomoh-negara-dijemput-untuk-bantu.html

Respon Jamil Khir pula tak begitu keras sepertimana respon Ustaz Asri. AGaknya geng2 dia juga yang jemput kot. Menurut petikan berita IKIM tadi, aku dengar ;

1. Jamil Khir berkata semua pihak dialu2kan untuk memberikan sebarangan bantuan yang boleh lead kepada penemuan MH370

2. Ini termasuklah cara alternatif yang difikirkan bersesuaian.. antara seperti penggunaan BOMOH..

3. Namun dengan syarat ia tidak melanggar syariat Islam..

Apa neh?

Perkataan BOMOH itu saja sudah tentu lebih banyak negatifnya. Dan tak tengok ke cara bomoh tue mengesan pesawat? Ada video nya beb.

Lihat ;

Kalau gagal untuk view, klik sini.



Post by Ameno World.

Kesimpulannya, apa yang ditunjukkan dalam video di atas sudah cukup mengambarkan betapa bodohnya kita kalau benar2 mempercayai perkara ini.. Hanya kepada Allah yang patut kita sandarkan bantuan dan pengharapan.. tolong la weh..

Share this :

Previous
Next Post »