t>

Breaking News

9 Individu Ditahan PDRM Kerana Terbabit Dengan Kumpulan Pengganas.

Kata polis ;


1. 9 individu ditahan kerana disyaki terbabit sebagai anggota militan.

2. Lokasi Kedah dan Selangor.

3. Umur 22 hingga 55 tahun.

4. Mereka bertanggungjawab merancang untuk melakukan keganasan dalam dan luar negara.

5. Mereka juga dah menjalani latihan ketenteraan untuk memantapkan lagi idelogi keganasan mereka.

9 individu beb. Militan. Semuanya dikatakan terbabit dalam satu gerakan keganasan yang berskala besar di luar negara. Dan berpotensi melakukan keganasan di dalam negara ini juga.

Siapakah mereka?

Dan2 Obama datang, ada pula pasukan militan di Malaysia. Sampai 9 yang kena tangkap. Kebetulan yang amat kebetulan.

Apa pun aku cadangkan polis patut dedahkan nama dan wajah2 mereka yang ditahan itu. Rakyat perlu tahu siapa individu2 yang ditahan sebagai anggota militan itu. Kot2 ada yang terpengaruh ke terkenal ke apa ke boleh la salurkan maklumat berkaitan kepada pasukan polis, ye tak?

Hihi

Dan yang paling penting ;

1. Dedahkan nama kumpulan pengganas yang dikatakan dianggotai oleh 9 individu militan di atas.

2. Dedahkan juga plot2 keganasan yang mereka rancang nak buat kat dalam dan luar negara.

Nak sangat tahu sapa dan apa.

Kbai.