Penjelasan Sebenar Kenapa Pakcik Said Buat Laporan Polis Tentang Azan Subuh.
Siapa yang dedahkan salinan laporan polis itu di facebook? Adakah pakcik Said yang dedahkan sendiri laporan tersebut sehingga pejuang2 Islam pergi serang rumah dia ataupun ada pihak lain yang mengedarkan laporan tersebut?
Hehe.
Laporan yang tersebar sebelum neh ;
Untungla ada 15 biji speaker. Elok bagi aku 3 speaker. Nak letak kat surau aku neh hah. Sekarang kalau setiap kali azan haram dengar sebab speaker dah rosak padahal baru aje keluarga aku gantikan yang baru. Sudahla rosak, ingatkan nak hantar repair. Tak dan hantar repair kena curi la pulakkkkkk. Hantu betul. Speaker surau pun depa nak curi. Memang gila ahhh. Cuma belah kanan aje tak dengar azan. Belah kiri okay.
Tapi kalau ko dah biasa bangun pagi untuk solat subuh, ada azan ke takde azan ke automatik badan ko akan bangun juga sebab tabiat.
Hehe.
Berbalik kepada cerita pakcik neh, baru2 neh telah tersebarnya penjelasan dari salah seseorang yang mengakui mengenali pakcik ini. Entah betul entah kan tidak la penjelasan dia tue. Aku pun taknak la cakap dia betul. Cuma apa yang amat dikesalkan, tak perlu la sampai ;
1. Serang2 pakcik neh kat depan rumah dia. Malu la sikit nak bergaduh dengan orang lanjut usia.
2. Tak perlu tampal kad manila untuk provoke2 pakcik neh. Tak selesai masalah punya.
3. Tak perlu sampai menghalau ataupun maki hamun apa bagai.
4. Tak perlu sembang bab idelogi politik pakcik neh secara berlebih-lebihan.
Pada aku, sepatutnya diadakan proses 'sulh' = rundingan.
Panggil pakcik yang buat laporan;
Panggil AJK surau;
Panggil saksi2 yang berkredibliti seperti jiran2 yang berdekatan;
Pihak JABATAN AGAMA ISLAM patut adakan siasatan lanjut. Betul ke bacaan ayat2 suci Alquran itu terlalu kuat sehingga menjejaskan emosi penduduk di sekitarnya?
Ini tidak. Semua pergi serang2 melulu. Macam cincai boncai. Tak reti nak fikir macam mana nak selesaikan masalah. Buat tambah kusutkan keadaan aje. Buat apa? Best ke rosakkan suasana dengan lakukan huru hara?
Hahaha..
Aku tak la kata pakcik tue betul dan AJK masjid tue salah. Aku lebih selesa memilih pendekatan selesaikan masalah bukan kusutkan keadaan.
Dengar pendapat dari pakcik Said, dengar penjelasan dari AJK surau dan kemudiannya adakan proses rundingan agar kedua2 pihak mendapat keadilan yang sewajarnya.
Apa pun terserah pada korang la nak menilai samada penjelasan kat bawah neh betul ke tidak. Aku tak juga menerima penjelasan ini bulat2.
Hehe.
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaanTarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam. - Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Dan link berikut pula menurut hukum Islam mengenai bacaan ayat2 suci Alquran yang kuat sebelum dan selepas azan berkumandang ==> http://drmaza.com/home/?p=1339
Pandai2 la lue semua fikir sendiri.