Wanita Yang Dirogol Patut Digantung Sampai Mati !!!

Kurang ajar gila.


Di dunia neh semua orang tahu wanita yang dirogol adalah mangsa jenayah seksual. Dan kenapa pula seseorang yang menjadi mangsa jenayah patut digantung sampai mati bersama2 dengan si perogol?

BODOH NAK MAMPOS punya statement.

Yang aku risau statement neh akan beri persepsi buruk tentang Islam. Aku tatau apa agama dia tapi nama dia Abu Asim Azmi macam nama orang Islam. Apa pun aku harap sangat dia tue bukan orang Islam.

Meroyan gila.

Baru2 neh di India, ahli2 politik mereka ketika berkempen telah membuat dua kenyataan kontroversi mengenai isu rogol.

Yang pertama si Abu Azmi. Dia cakap semua wanita yang dirogol ataupun melakukan seks dengan rela (seks bebas) dengan pasangan masing2 perlu dihukum sampai mati. Alasan dia kita tak dapat nak bezakan mana satu jenayah rogol dan mana satu jenayah seks luar perkahwinan. Di India, seks diluar perkahwinan merupakan satu perkara yang salah dalam kepercayaan Hindu, Kristian dan juga Islam.

Oleh kerana masyarakat India sangat taboo dengan kepercayaan agama iaitu Hindusm dan Islamism maka seringkali masyarakat mereka bergaduh dan berselisihan malahan buat hukuman gunakan agama sebagai alasan walaupun kadang2 hukuman tersebut tidak adil (bukan ikut tuntutan agama, just guna agama untuk halalkan cara).

Menurut Abu Azmi, dalam Islam perbuatan rogol merupakan perkara yang dilarang namun di negara mereka tiada apa2 hukuman yang dikenakan terhadap wanita2 yang dirogol.

Mana2 wanita yang dirogol, samada telah berkahwin ataupun belum berkahwin, samada dengan kerelaan ataupun bukan dengan kerelaan, perlu dihukum gantung sampai mati bersama2 dengan penyerang mereka.

Gila tak korang macam dia neh? Aku rasa dia neh memang gila. Bukan setakat gila sikit2 tapi gila babi punya gila. 

Yang kedua kenyataan yang dikeluarkan oleh Mulayam Singh Yadav, penganut Sikhsm ataupun Hindusm yang aku sendiri pun tak sure berkata mana2 lelaki yang didapati bersalah dalam hukuman merogol patut dimaafkan kerana lelaki adalah lelaki (perkara biasa untuk lelaki tertarik kepada wanita).

Andai dia menang dalam pilihanraya, dia akan memastikan hukuman mati kepada pesalah rogol akan dimahsuhkan.

Patutlah jenayah rogol makin menjadi2 kat negara India. Tengoklah pemikiran ahli politik mereka. Sebijik macam orang gila. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan : http://metro.co.uk/2014/04/13/women-who-are-raped-should-be-hanged-with-their-rapists-says-indian-politician-4697828/

Share this :

Previous
Next Post »