Yahanana Versi Disco Tersebar?

Dalam gelap.

Ada lampu2 bagai.

Macam dalam konsert artis ataupun macam dalam suasana ala2 disko dan kelab malam gitu.


Cuba tengok dulu video kat bawah neh.




Durasi video 14 minit 34 saat. Suasana berselawat dalam gelap. Menerusi komen yang tertera pada rakaman video, program ini berlaku di Singapore. Bukan di negara kita iaitu Malaysia.

Dalam komen2 yang tertera kat situ pun ada yang mula meletakkan label kafir, sesat dan sebagainya.

Islam meraikan kepelbagaian dan hujah. Islam meraikan perbezaan dan menyeru kepada kematangan dalam meletakkan kenyataan. Aku tak faham dari mana kenyataan2 yang meletakkan tuduhan melulu dan juga menyalahkan yahudi (tak pasal2 yahudi pun salah kat sini) boleh timbul.

Tetapi yang aku nampak orang2 yang main tuduh aje memang tak matang langsung gaya perbahasan dorang. Hanya tahu letakkan tuduhan dan cabut tanpa membuktikan tuduhan dorang tue adalah benar.

Aku tak kata pula benda kat atas neh betul sebab aku tatau statusnya. Betul atau salah aku tak boleh nak tentukan atas perkara yang aku sendiri tak pasti. Kita serahkan aje la pada yang arif. Yang mana berupaya meneliti hujah dari kesemua pihak dan memberikan penilaian yang adil. Buat apa kita pandai2 nak buat hukuman sendiri. Dah confirm betul sangat ke jalan kita untuk kata tindakan mereka tue sesat lagi menyesatkan?

Haha.

Apa pun mereka tak bergelap terus. Mereka bergelap dalam beberapa minit kemudian pada minit ke 6.49 mereka buka lampu balik. 

Apa tujuan mereka bergelap?

Kenapa beryahanana dalam gelap?

Kenapa tak tunggu penjelasan dorang? Cuba berlapang dada dengan mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada meroyan di internet.

Adoi...

Share this :

Previous
Next Post »