62 Peratus Rakyat Tolak GST - Melayu Paling Ramai Sokong GST !!!


Mesti melayu2 UMNO yang sokong tue. Orang2 cina dan india yang datang dari parti MCA, GERAKAN dan MIC pun bantah agaknya.

WAKAKAKA..

Apa la nak jadi dengan orang2 melayu yang sokong pelaksanaan GST. Dengan keadaan sekarang pun kaum melayu antara kaum yang paling banyak merempat sebab tak mampu membeli rumah. Dan nak tambahkan beban lagi dengan pelaksanaan GST? Memang gila puak2 tue. Gila sebab tak sedar diri akan ketidakmampuan diri mereka untuk serap kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST kelak.

Hadoi..

Bukan la GST itu ditolak secara sistem.

Yang neh pun ramai yang tak faham2.

GST itu ditolak secara pelaksanaan.

Aku rasa yang neh ramai yang tidak tahu.

Perlu di ingat ;

1. GST tidak sesuai dilaksanakan ketika ini kerana tangga gaji rakyat Malaysia masih di tahap rendah aka murah.

2. GST tidak sesuai dilaksanakan pada kadar 6%.

3. GST tidak sesuai dilaksanakan kerana ia akan mencukai semua pihak berdasarkan kepenggunaan secara tidak adil.

4. GST tidak sesuai dilaksanakan oleh kerajaan yang korupsi dan tidak amanah. Jika kerajaan mahu mencukai semua pihak (miskin dan kaya), hasil cukai itu sepatutnya dikembali semula kepada rakyat secara adil dan saksama. Tidak mahu lagi ada sekolah buruk, pintu berkopak, bangunan tidak bercat, sekolah tanpa loker ataupun sekolah tanpa makanan percuma. Kalau sistem pendidikan di negara ini percuma sepatutnya dengan makan2 sekali budak2 sekolah neh dapat. Bukan makanan cincai boncai dalam RMT tue. Makanan yang takde khasiat. Kesian budak2 miskin. Mentang2 la miskin, nak komplen lebih2 pun tak boleh bila penguasaha kantin bagi makanan ala kadar je kat budak2 RMT. Baik punya buli ah. Semua pelajar perlu ditanggung dengan makan dan minuman berkhasiat sekali patutnya. Ini duit cukai nak dan nak. Tapi hasilnya kembali kepada kroni sampai ada orang tue hutang juta2 dilupuskan. Tapi malaon2 umno sikit pun tak bising.

Haktuih.

5. GST tidak sesuai dilaksanakan sebab kerajaan belum mampu beri bukti bagaimana ia akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan kat negara ini seperti yang menteri2 selalu sebutkan.

6. GST akan melonjakkan kadar inflasi di dalam negara. Ini berlaku kepada negara2 lain juga. Sekurang2nya untuk tempoh 5 tahun ke bawah. Kerajaan pula tidak berikan pelan alternatif bagaimana mereka akan menanggani lonjakan inflasi kelak.

7. GST tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana rakyat sudah berdepan dengan pelbagai jenis cukai. Tidak dinafikan GST adalah pengantian kepada SST. Namun jenis barangan atau perkhidmatan bercukai yang dikenakan dalam SST tidak meluas sepertimana GST. Yakni, ada sesetengah BARANGAN DAN PERKHIDMATAN cukai itu cuma digantikan sistemnya, namun dalam sesetengah barangan pula, cukai itu baru dikenakan. Jangan cuba salah fahamkan pengguna untuk kepentingan diri wahai penyokong2 UMNO.


GST = SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN ADALAH TERTAKLUK DENGAN CUKAI SEHINGGA KERAJAAN MENGATAKAN SEBALIKNYA.


SST = SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN TIDAK TERTAKLUK DENGAN CUKAI SEHINGGA KERAJAAN MENGATAKAN SEBALIKNYA.

Nampak tak perbezaanya disitu?

Sehingga kerajaan cakap barangan tue takde cukai, maka itula GST.

Dalam SST, sehingga kerajaan cakap barangan tue ada cukai, barula ada cukai.

Yang neh ramai yang tatau disebabkan maklumat mengenai GST sengaja tidak diberikan secara penerangan penuh bagi mengelirukan orang awam. Terang sikit2 dan terang separuh2 supaya orang tak rasa nak tolak GST.

Nak samakan negara kita dengan negara2 yang dah dilaksanakan GST tue tak salah. Tetapi kena samakan juga menteri2 kita dengan negara2 tersebut. Kena samakan juga dari konsep ekonomi, tangga gaji, keadaan rakyat dan beberapa banyak cukai yang mereka dan kita ada. Nak banding sangat bandingla secara adil. Jangan buat perbandingan separuh masak. GST ini secara dasarnya bagus kerana memberi peluang kepada semua pihak untuk menyumbang kepada negara. Maka takde la orang2 kaya bongkak bercakap dengan orang miskin, hellooo aku bayar cukai, ko tue tahu nak terima terima terima aje tanpa menyumbang. 

Orang miskin juga ada membantu kepada pembangunan negara juga rupanya. Walaupun sumbangan mereka tak sebanyak macam orang kaya tetapi sumbangan tue tetap ada nilainya. Dan hasil sumbangan itu pula dikembalikan kepada rakyat dengan adil dan saksama dimana orang2 kaya pun tak terasa jauh ahti dengan kerajaan kerana mereka juga ada hak untuk bersekolah di sekolah yang baik (sekolah kerajaan yang diuruskan dengan baik dan percuma untuk rakyat) bersama2 golongan2 yang kurang mampu tadinya tue.  

Namun apa yang berlaku sekarang neh terbalik.

Cukai tetap mao kutip. Dari miskin dari kaya.

Yang kaya pula rasa tak seronok p sekolah kerajaan sebab haprak pada pandangan mereka. Sudahla aku bayar itu bayar ini, nak dapatkan sekolah kerajaan yang bagus pun tak boleh terpaksa la aku p daftar kat sekolah swasta. Ini menyebabkan orang2 kaya dan orang2 miskin terpisah dalam hubungan sosial bermasyarakat.

Yang miskin pula p sekolah kerajaan, p hospital kerajaan sampai ada yang terima layanan yang tah hapa2 dan kadang2 mendowngradedkan nilai mereka sebagai seorang manusia.

Ini menyebabkan orang2 miskin rasa mereka dilayan sebagai second class citizen kat negara neh. Oleh kerana aku takde duit, aku takde nilai sebagai manusia. Jadi orang miskin berlumba2 nak cari duit sebab nak mendapatkan kembali nilai (maruah) sebagai manusia. Mereka nak diri mereka dihormati, mereka nak suara mereka didengari, namun selama mana mereka menjadi orang miskin, orang takan peduli. Ia samada ko kaya, ko berpangkat, ko berharta, ko berkedudukan, ko cantik, ko popular, baru orang akan sudi buang masa untuk dengar apa yang ko mahu sampaikan. Itula pemikiran yang membentuk manusia yang duduk dalam sistem kapitalis.

Sudahla sistem kapitalis. Wang yang dapat pula tidak diuruskan dengan baik. Maka bertambah2 la masalah yang lahir.

Fikir2kanla ek.

Share this :

Previous
Next Post »