Dyana Berikrar Tolak Usul Hudud Di Parlimen.

Pulaa..


Aku cuma setuju satu point aje. Yang lain2 aku tak setuju bukan sebab aku tak raikan kepelbagaian tetapi banyak yang mislead dari apa yang kita sepatutnya faham pasal hudud. Kalau ikut daripada pemikiran aku dengan dia, aku rasa pemikiran aku bahaya dan pada orang Islam pemikiran aku boleh dilabel 'sakit'.

Aku setuju part yang kondisi sekarang tak berapa sesuai dengan pelaksanaan hudud. Masalah ekonomi dan keadilan perlu diselesaikan terlebih dahulu namun laluan untuk menerangkan apa itu perundangan Islam dan kenapa ia lebih baik dari undang2 ciptaan manusia perlu sentiasa diberikan perhatian bagi membendung salah faham. Ingat. Undang2 Allah itu adil sehinggala tangan manusia yang menjadikan ia tidak adil. Itulah yang aku pinpointkan bab pelaksanaan. Tapi rata2 geng2 di page aku tak berapa faham sehinggala aku dimaki hamun. Agak teruk gak la. Tapi aku biasalah. Mana reti malu punya orang. Tapi bila aku asyik dok explain dan explain akhirnya aku rasa ramai dah geng2 PR cuba faham. Bukan undang2 Allah yang melahirkan ketidakadilan. Tetapi tukang pelaksana itu la yang akan membiakkan ketidakadilan. Itu sebab keadilan perlu dibentuk terlebih dahulu sebelum perundangan itu dilaksanakan. Kena fahami konsep tue.

Baca ;

Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berikrakuntuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan.

Katanya, beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Teluk Intan.

Peguam muda itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.

"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga berkata penentangan ke atas pelaksanaan hudud dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan membuatkan beliau "kurang Islam".

Dyana akan menjadi salah satu daripada segelintir calon Islam yang bertanding atas tiket DAP sekiranya pencalonannya diterima esok.

Namun, beliau percaya bahawa hudud bukanlah satu isu yang akan menjadi tumpuan utama pilihan raya kecil kali ini.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia.

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi satu isu. Malah GERAKAN juga tidak menyokong hudud," katanya -MKINI-

Share this :

Previous
Next Post »