t>

Breaking News

Kronologi Kejatuhan BN Di Terengganu - Pertemuan Dengan Adun PR? Jangan Rosakkan Mandat Rakyat !!!!!!


Kronologi kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

1. Sebelum PRU Najib desak Ahmad Said tanda-tangan perjanjian bahawa Ahmad Said hanya akan memerintah selama setahun selepas PRU ke 13 berakhir.

2. Setahun sudah berlaku namun Ahmad Said enggan berundur.

3. Ahmad Said rangka plot demi plot untuk raih simpati awam (rakyat Terengganu) dan bina persepsi baik supaya mendapat sokongan orang ramai selama setahun.

4. Tarikh pengunduran Ahmad Said sebagai MB semakin hampir namun Ahmad Said enggan berundur.

5. Najib hilang sabar dan akhirnya tetap memaksa Ahmad Said berundur pada 12 Mei (semalam).

6. Disebabkan itu Ahmad Said membuat keputusan untuk keluar dari UMNO dan lepaskan semua jawatan berkaitan parti.

7. Ahmad Said juga menyatakan dia merajuk Najib enggan berikan tempoh sehingga anaknya berkahwin. Dia tak kisah jika perlu berundur namun tunggu la lepas kenduri kahwin anaknya. Tindakan memaksanya letak jawatan telah menyakitkan hati anak Ahmad Said dan Ahmad Said tak boleh terima perkara tersebut lalu isytihar perang habis2an dengan UMNO.

8. Penyokong2 Ahmad Said mula edarkan banner menyokong kepimpinan Ahmad Said sejak petang semalam.

9. Ada yang mahu mogok lapar selama seminggu.

10. Ada yang enggan terima perlantikkan MB Terengganu yang baru, YB. Razif sebagai pengganti kepada Ahmad Said.

11. UMNO Terengganu mula berpecah kepada beberapa fraction. Kumpulan menyokong Ahmad Said. Kumpulan menyokong MB Terengganu yang baru aka Najib dan UMNO pusat.

12. UMNO aka BN Terengganu enggan bubarkan dun. Enggan beri mandat kepada PR. Meskipun mereka kini terbukti memimpin dengan kerusi minoriti di Terengganu.

13. UMNO menggunakan alasan bahawa undang2 membolehkan mereka terus mentadbir Terengganu ;

- Kuasa Sultan telah mengesahkan perlantikkan MB Terengganu yang baru ;

- Speaker di anggap salah seorang pemberat yang membenarkan BN terus mentadbir Terengganu ;

- Mandat PRU yang ke 13 mengesahkan BN layak mentadbir Terengganu.

14. Ketika ini 2 adun UMNO di Terengganu akan menentukan kedudukan UMNO di Terengganu. Adun Hulu Besut menghilang tanpa berita. Adun Hulu Besut dikatakan penentu utama kepada krisis yang sedang berlaku di Terengganu. Jika adun Hulu Besut isytihar keluar parti maka suka tak suka automatik BN perlu menyerahkan mandat pemerintahan kepada PR. Ini kerana dengan menggunakan kedudukan SPEAKER sekalipun, BN gagal menanggani jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR pada PRU yang lepas.

15. Dalam pada2 itu, cakap2 tersebar meluas di media sosial dan wassap mengatakan BN pusat sedang berusaha untuk berunding dengan wakil2 rakyat dari PR dengan mengadakan pertemuan rahsia bagi mengekalkan pentadbiran BN di Terengganu. Adakah spekulasi ini benar? Mohon PR Terengganu tampil menjawab dakwaan yang tersebar ini dengan segera.


Jika benar ;

Apakah yang bakal dirundingkan?
Apakah ada adun yang bakal melompat?

Apakah PR akan menerima permintaan dari BN?

Sama2 kita lihat perkembangan krisis di Terengganu ini sambil makan popcorn.

Kbai.