t>

Breaking News

Laporan Cabbury Dikaitkan DNA Babi Pula Tersebar Di Media Sosial.


Sejak petang semalam.

Bermula di wassap sebelum tersebar meluas ke alam maya. Berbekalkan satu dokumen yang mengatakan satu sample kajian telah dibuat dan hasilnya membuktikan bahawa cabbury dairy milk dengan hazel nut didapati mengandungi dna khinzir (babi).

Untuk rekod. Laporan tersebut bertarikh 27 feb 2014 yang lepas. 

Sekarang dah bulan mei 2014. Yakni lebih kurang hampir 3 bulan telah berlalu sebab bulan 2 tue pun dah masuk hujung2 bulan.

Persoalannya ;

1. Adakah laporan di atas terbukti benar?

2. Cadbury atau CABBURY? Dalam gambar di atas CABBURY. Bukan Cadbury. Kalau ikut ejaan le.

3. Cadbury sebenarnya telah mendapat pengesahan sijil halal oleh JAKIM. 

Rujuk bawah ;


CABBURY pula?

HARAM aku tahu. Lagipun baru first time aku dengar nama coklat cabbury. Huhu..

 3. Jika laporan tersebut palsu, masing2 boleh abaikan. Namun jika laporan tersebut benar apa pula kata CABBURY? Btw, ada syarikat nama Cabbury juga ka? Macam dah takde nama lain. Dekat2 aje pilih nama ataupun sebenarnya TYPO?

Hehe.

4. Jika laporan tersebut benar, siapakah pihak2 yang bertanggungjawab untuk ambil tindakan terhadap pihak2 yang cuai dalam memanipulasikan makanan yang dah mendapat pengesahan halal dari Jakim? Kalau ikut dari jalan citer macam si CABBURY neh ada sijil halal dan kemudiannya bila orang buat sample kajian depa kantoi sebab ada penemuan DNA babi dalam coklat yang depa produce.

 5. Dan apakah tindakan yang diambil bagi menghukum pihak2 yang tidak mematuhi etika pensijilan halal?

6. Adakah semua coklat Cabbury hazel nut telah ditarikbalik dari pasaran serta merta?

7. Ataupun mereka dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas?

Harap2 pihak yang berkaitan macam JAKIM boleh tampil menjelaskan perkara2 penting berkaitan isu berkenaan. Aku nak juga tahu betul ke tidak. Sebenarnya. Kalau CADBURY  memang dah banyak telah dah neh. Tapi sebab dalam gambar neh ejaan dia CABBURY maka rasa cuak itu berkurangan la sikit. Harap2 memang CABBURY. Bukanny CADBURY.

Hahahaha..

Kbai.