t>

Breaking News

Polis Mahu Dedahkan Gambar Pemuda Serang Jurugambar Dalam Perhimpunan Anti GST.

HAHAHAHA..


Apsal lambat sangat? Semua orang dah tahu sapa. Muka dia dah terpampang kat mana2. Apsal polis baru nak edar? Btw, tak la aku sokong tindakan dia memukul jurugambar. Tapi adakah tujuan pendedahan ini kerana yang membantai itu ialah rakyat marhaen? Amboi. Yang bantai jurukamera masa BERSIH 2 apa citer? Taknak dedahkan ke muka2 polis tue?

HAHAHAHA..

Polis akan mendedahkan foto individu pesertaHimpunan Anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)pada 1 Mei lalu yang dipercayai telah memukul beberapa petugas media yang sedang bertugas semasa hari tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis ada menerima beberapa laporan yang dibuat oleh mangsa yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera di Balai Polis Dang Wangi pada hari kejadian.

"Berlaku sedikit pertelingkahan yang berlaku semasa hari tersebut diantara petugas media portal berita dengan peserta himpunan tersebut dan ada laporan polis dibuat selepas itu," kata Mohmad kepada pemberita dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru.

Tambahnya lagi, kertas siasatan telah pun dibuka dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

"Kita masih meneliti rakaman-rakaman video dan foto yang ada bersama kami dan mungkin dalam masa terdekat ini, kita akan memaparkan beberapa gambar individu-individu yang boleh membantu dalam siasatan dimana kami akan maklumkan kepada media kemudian nanti," ujarnya. 

Beliau turut menggesa petugas media yang mempunyai rakaman-rakaman video yang boleh membantu siasatan terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dalam pertelingkahan itu boleh berhubung dengan pihak polis Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei lalu, sekumpulan peserta himpunan Anti-GST yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Rejimen Anarki' dan 'Antifa' telahmenyerang beberapa petugas media yang sedang membuat liputan semasa himpunan tersebut.

Petugas media yang ketika itu membuat liputan dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka telah ditendang dan dipukul oleh peserta himpunan tersebut sehingga ada beberapa petugas media mengalami kecederaan sedikit dan beberapa kamera milik mereka juga rosak. - Awani -