t>

Breaking News

Sambut Hari Ibu Haram, Dosa Besar, Syirik - Ustaz Azhar Idrus Keluar Hukum (Video Inside)

Hari ibu datang lagi. Maka umat islam kembali bercakaran lagi. Tiada apa2 topic yang umat islam tidak akan berbalah sesama mereka. Semua topic akan mencetuskan perbalahan sesama sendiri. Dari sekecil2 topic hingga la kepada sebesar2 topic, mereka akan cenderung bergaduh sesama sendiri. Ini berpunca daripada ;

1. Pihak yang keluar dalil, hukum dan sebagainya enggan tunduk kepada perbezaan pendapat dari pihak yang satu lagi.

2. Pihak yang mempunyai perbezaan pendapat pula enggan tunduk kepada tuduhan, dakwaan dan hukuman yang dilemparkan ke atas batang tubuh mereka akibat sesuatu tindakan.

Makanya, dari sini pergaduhan demi pergaduhan lahir apabila umat islam saling tidak meraikan perbezaan dengan bijaksana.

Yang keluar hukum akan cenderung menghukum terus terusan walaupun kadangkala hukuman2 yang dilemparkan kelihatan sangat ektremis, membuta tuli bahkan disaluti dengan dalil2 yang tak terbukti benar, jelas ataupun tepat.

Manakala pihak2 yang defend tindakan diri sendiri pula kadangkala terlalu over dalam menyatakan perbezaan sehingga dia pun diperlihatkan menghukum kembali orang yang menghukum dia.

Akhirnya, bagaimana perselisihan ini boleh diselesaikan dengan berhemah?

Masing2 meletakkan ego masing2 di hadapan. 

Beginila. Aku juga ada pendirian yang jelas dalam isu sambutan hari ibu. Aku suka memilih yang tengah2. Aku melihat kawan2 muslim yang sambut hari ibu mereka sambut tanpa elemen2 kristianisasi dalam sambutan tersebut. Just sambut biasa2. Walaupun hari tersebut dikatakan ada kaitan dengan orang kristian namun sambutan yang mereka buat adalah bebas dari unsur2 kristianisasi sebab sambutan hari ibu pada masa sekarang sudah dimodenizekan. Macam kita modenizekan sambutan tahun baru maka seperti itulah sambutan hari ibu dimodenizekan. Siapa cipta, siapa cetus idea, apa niat dia berbuat begitu tak penting tetapi yang penting ialah penerus amalan tersebut tidak meneruskan amalan tersebut ikut cara kefahaman kuno.

Bahkan, ada juga hujah2 dari orang Kristian bahawa mereka menafikan sambutan hari ibu ada kaitan dengan upacara keagamaan. Ia lebih kepada adat. Atas sebab apa ia menjadi popular kerana ia dipopularkan oleh sang kapitalis.

Agamawan yang tamak bergaya kapitalis salah guna dalil agama untuk sesuatu kepentingan. Maksudnya dorang sanggup mengangkat sesuatu perkara, diselitkan atas nama agama, popularkan ia. Kapitalis untung, agamawan juga untung (dari segi mendapatkan dana supaya mesej2 agama boleh berkembang. Atau dari segi mendapatkan dana untuk kegunaan peribadi).

Hari ibu ialah satu sambutan yang menyebabkan sang kapitalis boleh untung sejak dulu lagi. Dengan mempopularkan amalan ini maka ramai orang akan membeli hadiah (mengalakkan industri jual beli, perdagangan, ekonomi) yang seterusnya akan menguntungkan para peniaga. Pada kapitalis cukupla mereka mendapatkan keuntungan.

So puak2 neh bergaduh sesama sendiri tak fikir ka yang sang kapitalis sedang tepuk tangan?

Kristian vs muslim.

Muslim vs kristian.

Agamawan vs rakyat.

Rakyat vs agamawan.

Kapitalis tetap tepuk tangan.

Yang sambut (secara beria2) = kayakan kapitalis.
Yang bercakap = beri market/iklan free kepada kapitalis. 

Haha.

Namun. Ada juga pendapat yang mengatakan di eropah, hari ibu diangkat sebagai hari cuti kerana mahu mendidik masyarakat agar menyayangi ibu masing2 ketika itu. Jadi setiap satunya mempunyai matlamat dan sebab yang berbeza jika kita perhatikan dan kaji susur galur sejarah kan? 

Jadi, bertenang la sesama sendiri. Bagi aku, umat islam yang sambut hari ibu hanya memikirkan bahawa di sana ada satu hari yang khusus untuk saya sekurang2nya memperuntukkan masa saya untuk mengingati ibu saya. Hari ini disambut oleh seluruh dunia sekurang2nya saya tidak akan terlupa. Namun ia tidak bermakna saya neh melayu haprak yang nak sambut semua perayaan yang wujud. Lagipun apa salahnya non muslim dan muslim bersama2 meraikan beberapa perayaan atas nama memperingati insan2 yang tersayang. Berbeza kepercayaan, akidah dan bahasa tak menjadikan kami musuh pun.

Jika agamawan2 ini masih beranggapan bahawa sambutan hari ibu adalah haram, syirik dan dosa besar maka sila kemukakan dalil2 yang berkaitan. Dalil2 yang menyokong kenyataan tersebut. Dalil2 ini akan dijadikan hujah, sandaran dan point untuk mendosabesarkan muslim2 yang meraikan hari ibu.

Jangan sekadar bercakap pongpang2 tanpa dalil yang jelas.

Kita mahukan dalil yang spesific. Yang berperanan bahawa agamawan2 ini layak menghukum mereka2 yang menyambutnya.

Jika tiada dalil yang jelas maka pendapat seperti kat bawah neh tidak boleh dianggap haram, syirik dan dosa besar ;


Renung2kan.

Dan err.. pergi la gaduh sesama sendiri lagi.

WAKAKAK..

Lihat video ;