Sultan Perak Sah Mangkat.


Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Baginda berusia 86 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 1.45  petang tadi di selepas dimasukkan ke hospital kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir di sini pada pukul 3.44 petang tadi yang disiarkan secara langsung melalui siaran TV1.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun Mohd Ali serta seorang putera dan 3 orang puteri.
Sultan Azlan dimasyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 pada 3 Februari 1984 dan ditabalkan secara rasmi di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia pada 9 Disember 1985.

Pada 26 April 1989 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan.

Jenazah almarhum Sultan Perak akan dimakamkan di Makam Diraja, Kuala Kangsar selepas solat asar pada 29 Mei 2014.

Menurut Zambry bendera negeri Perak juga akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari manakala bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari.

Sepaanjang tempoh berkabung semua bentuk hiburan dan keramaian akan dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak.

Rujukan : sini

Share this :

Previous
Next Post »