35,000 Bayaran Untuk Habib Berselawat..


Murah rezeki.

Masing2 ada cara masing2 untuk mencari rezeki. 

Jadual kat atas neh diperolehi dari sini.

Baguslah juga kerajaan ada keinginan nak buat majlis selawat. Daripada dibazirkan untuk konsert2 melalaikan aje baikla kita berselawat. Ada juga untungnya. Mengajak mengingati Nabi dan Allah. Kurang2 lepas habis berqasidah kita ingat Allah. Lainla konsert. Lepas habis konsert yang ingat jalan pulang akan terus pulang. Yang tak ingat jalan pulang tah mana2 tah dia akan pergi.

Hahaha..

Untuk berselawat kurang2 kena ada 35,000 bayaran bagi Habib menyampaikan selawat dengan muzik. Manakala 40,000 pula akan digunakan untuk tambang pengangkutan, barang2 dan termasuklah tempat tinggal kakitangan tambahan.

Tengok part makanan. Sebelum, selepas rm10,000 sesaja. 20.00 sekepala. Makan apa tah. Haha. Untuk petugas bajet dalam 5,000. Padahal inila yang paling banyak buat kerja tapi paling tak best layanan yang dorang dapat sebab bukan taraf VVIP kot.

Hehe.

Makan VIP bagi aku mahal sangat. Hidangan bagi 250 orang cecah 10,000.

WOW..

Makan apa tue hah?

10,000 tue.

Gila punya mencekik. Selain dari makan untuk VIP, ada hotel VVIP dan kenderaan VVIP juga. Yang neh aku tak faham siapa. Sebab kalau nak ditengok, kat bawah tue ada ditulis hotel jemputan. Hotel jemputan mungkin untuk geng2 Habib apa semua kot. Manakala VVIP neh mungkin untuk pemimpin2 kot.

Gila laa..

Kos untuk angkut depa rm10,000

Kos untuk penginapan 10,000 lagi.

Makan pula 10,000.

Main 10,000 sesaja.

Itupun kalau tak silap aku la, kos untuk semalam kot. Kalau tak silap la kan. Kalau silap, tolong perbetulkan la ek.

Hahahaha..   

Apa2 pun next time kalau nak buat selawat2 neh lagi, baik jangan jemput VVIP apa bagai. Kewujudan dorang bukan menjimatkan belanja, bahkan menambahkan lagi ada. Kalau berguna okay juga. Tapi neh entah la.. lue fikirlah sendiri ek.

Btw, berselawat, berselawat juga. Ingat Nabi pun ingat Nabi juga. Orang yang susah dan memerlukan bantuan mohon la sama2 turun padang ringankan beban. Ini setakat kencang berselawat tapi rakyat yang susah kemain ramai pun tak guna juga.

Renung2kan la ek.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »