Lagi OKU Ditemui Dalam Keadaan Terkurung..

Kes terbaru berlaku di Kelantan.


Dalam berita salah seorang penduduk yang ditemubual memberitahu bahawa individu OKU tersebut dikurung kerana taknak bagi dia kacau orang.

Kurung satu hal. Tapi keadaan dia tak berjaga la. Kurus sangat.

Dia dikurung oleh abang kandungnya sendiri setelah kematian ibu bapanya. Dan, satu lagi. Dia dah dikurung selama 10 tahun beb. Serbuan dibuat setelah menerima aduan. Aku rasa orang ramai tatau yang kita boleh mengadu kepada pihak berkuasa jika terdapat mana2 OKU yang dikurung sehingga mengabaikan hak2 ke atasnya.

Penemuan Firdaus tue membuahkan tindakan positif apabila salah seorang makcik OKU pula dapat diselamatkan dan ditempatkan ke tempat yang lebih selesa.

Cuma part kacau orang tue aku tatau la. Terpakai atau tidak untuk semua pesakit down sindrome. Kat tempat aku ada sorang anak jiran sindrome down. Siyes. Tak kacau orang. Elok je. Pandai kemas rumah. Tak kacau orang. Boleh bercakap walaupun tak lancar. Dan agak berisi badannya. Mak dia bagi makan. Siap sekolah pendidikan khas lagi.

Jangan kerana dia OKU, kita pencilkan dia.

Dan satu lagi, masyarakat pun jangan la dok pandang semacam aje pada golongan OKU. Kadang2 kalau terjumpa OKU kat luar, masyarakat punya pandangan macam nak makan orang. Tenung semacam aje. Rimas juga ibu bapa ataupun penjaga kepada golongan OKU. Steady sudah.

Baca ;

Seorang wanita yang dipercayai mengalami Sindrom Down ditemui terkurung dan terkunci di dalam sebuah bilik bawah rumah di Kampung Pasir Pekan, di sini siang tadi.

Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah berkenaan lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita dikurung di bawah rumah.

Susulan laporan itu, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Tumpat, Jabatan Pertahanan Awam, JPA bergegas ke rumah yang dimaklumkan sekitar jam 3 petang tadi. -Awani-

Share this :

Previous
Next Post »