t>

Breaking News

Remaja OKU Tidak Didera Tetapi Diabaikan Kata Pengarah Hospital.


Diabaikan.

Takde kesan pukul2.

Diabaikan tanpa makanan. Penjagaan kesihatan yang baik. Tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Tanpa minuman dan pakaian yang sepatutnya. Tapi bagi aku tanpa penjagaan yang sepatutnya kira penderaan juga. Penderaan mental namanya tue. Memang takde kesan pukul2 tapi terkesan la kat ahti budak tue.

Aku rasa kita kena lari sikit dari menyalahkan ibu dia semata2. 

Cuba fikir. Anak ini mesti ada bapa kan?

So kat mana bapa dia? Kenapa bapa kepada remaja ini tak muncul2kan diri sampai sekarang?

Kenapa suami kepada ibu Lola pun senyapkan diri?

Kenapa sedara mara Ibu Lola pun tak cakap apa2?

Pendek kata. Ibu Lola neh macam anak yatim pun ada. Tanpa ahli keluarga. Senyap je. Bukan aku kata dorang kena muncul depan wartawan. Jangan salah faham. Tapi bukan kah dorang sepatutnya melawat Firdaus yang ditahan kat hospital tue.

Mana dorang semua?

Kenapa tak melawat?

Kenapa tak jenguk2 sedara OKU yang diabaikan dan terbiar sakit?

Yang datang sorang aje. Itu pun bukan sedara mara dia pulak. Hanya orang luar. Seseorang yang pernah mengasuh Firdaus ketika dia kecil2 dulu.

Itula aku cakap. Ada sesuatu yang sedang berlaku disini. Ibu Lola jek yang tahu cerita sebenar. Jika selama ini dia boleh aje jaga anak dia yang sakit kenapa sekarang tak boleh jaga?

Nampak tak ada sesuatu kat sini?

Semua nak salahkan ibu Lola semata2. Lupa pada bapa yang berperanan memberikan nafkah. Lupa pada suami yang sepatutnya menerima anak2 isteri yang dikahwini tanpa rasa diskriminasi. 

PDRM kena siasat juga. Bapa dan suami kepada ibu Lola neh. Apasal dorang diperlihatkan macam tak bertanggungjawab. Tanggungjawab jaga anak OKU di atas beban ibu sahaja ke semata2?

Lagi satu. Cuba siasat. Sejauh mana pusat zakat memainkan peranan dalam memudahkan bantuan kepada ibu bapa yang mempunyai anak2 OKU.

Siasat juga. Sudah kerajaan menyediakan data base untuk collect maklumat2 mengenai anak2 OKU yang dilahirkan kat negara ini?

Jika ada database itu sejauh mana kerajaan berperanan untuk mendekati ibu bapa yang mempunyai anak2 OKU agar mereka boleh menjaga anak mereka mengikut standard yang sepatutnya? Kos jaga anak2 OKU bukan murah. Dan bukan mudah. Aku tak jumpa ibu bapa yang mengeluh demi menjaga anak2 OKU. Yang aku selalu jumpa dorang rasa rimas bila bawa anak2 OKU berjalan orang tengok semacam. Sebagai masyarakat pun, kita pun kadang2  melakukan kesalahan tapi kita tak sedar. Macam mana tue..

Lue fikirlah sendiri ek.