t>

Breaking News

Cara2 Mengira Pembayaran Bulanan Rumah Anda Setelah Kadar Faedah Dinaikkan.


Rasanya semua dah tahu yang baru2 ini BNM umumkan kenaikan kadar faedah bagi pinjaman yang membabitkan ;

1. Perumahan

2. Jangka pendek (pelaburan + perniagaan + kad kredit)

3. ASB

Maka, bagi mereka yang telah meminjam ikut mode flexi rate (BLR) = kadar faedah berubah2 akan terkesan dengan pengumuman tersebut. Bagi yang meminjam ikut fixed rate pinjaman mereka tidak akan terkesan.

Bagaimana mereka yang telah meminjam akan mempengaruhi mereka?

1. Bayaran bulanan bertambah

ataupun

2. Tempoh pinjaman bertambah

Pihak BANK akan kemukakan option untuk korang membayar ikut kesesuaian dan perjanjian yang telah dimeterai oleh pihak anda (peminjam) dengan bank (si pemberi pinjam).

Kat berita semalam. Menteri, MITI, Mustafa Mohamed sebut bahawa kenaikan kadar faedah tersebut hanya memberikan kesan yang sedikit (tidak membebankan) kepada peminjam2 di negara ini. Nampaknya, menteri2 kita masih meneruskan tradisi mereka yang mempunyai masalah otak yang ketara.

Setiap kenaikan samada kecil ataupun besar memang akan mempengaruhi rakyat yang berbagai taraf kehidupan ini. Maksudnya apa?

Katakan sebelum neh ko kena bayar rm500 tiap2 bulan untuk bayar rumah. Then sekarang ko kena bayar rm511. Tambah rm11 kat rumah. Itu baru rumah aje. Belum masuk api yang dah naik. Then GST lagi pada masa akan datang. Itu baru amek kira pemilik yang duduk di rumah sendiri. Belum peduli bab penyewa2 rumah. Jangan2 si pemilik rumah naikkan kadar sewa disebabkan bayaran ansurans naik. Mana kita nak tahu kan?

So bila menteri sebut ia memberikan kesan yang minima sebenarnya out of topic perbincangan. Ia tetap memberikan kesan kepada peminjam2 di negara neh. Itu yang paling penting. Dan kita tak tahu macam mana flow kenaikan kadar faedah ini akan mempengaruhi rakyat2 yang menyewa berbanding mereka yang membeli rumah sendiri.

Berhentila talking like bullshit. 

Bagaimana, kenaikan sudah berlaku dan pentingnya untuk korang semua semak dengan bank masing2. Apakah jenis pinjaman yang korang buat selama ini?

Adakah terikat dengan kadar faedah tetap?

Atau, adakah terikat dengan terma kadar faedah boleh ubah (ikut rate BNM)?

Jika terikat dengan flexi rate (kadar faedah ampungan) maka korang kena la buat sedikit semakan. Boleh menyemak dengan pihak bank dan juga boleh membuat pengiraan sendiri.

Bagaimana caranya?

Semak disini

Masukkan butiran seperti tempoh pinjaman, harga rumah dan kadar faedah. Kadar faedah kena tepat. Kalau tatau tak guna juga semak online. Kalau tahu boleh menyemak secara online. Dari situ korang boleh predict anggaran kenaikan bulanan yang korang kena tanggung start bulan ini ataupun bulan depan ialah berapa. Untuk jumlah yang lebih tepat kena rujuk pihak bank juga akhirnya. Tapi sekurang2nya korang boleh agakla juga berapa banyak yang korang kena tambah in future sedikit sebanyak.

Dan, satu lagi, MAYBANK BERHAD adalah bank pertama yang telah menyerap kenaikan kadar faedah terbaru ini. So bagi peminjam2 MAYBANK cepat2 la merujuk kepada pihak bank masing2 untuk membuat semakan.

Selain dari BLR, MAYBANK juga telah menaikkan kadar faedah bagi pinjaman jenis BFR. BFR membabitkan ISLAMIC BANKING. Ia akan tertakluk kepada pinjaman yang belum bermula selalunya. Polisi MAYBANK aku tak sure. Boleh semak pada bank masing2 untuk informasi yang lebih tepat.