#CDM25 Trending Worldwide - Kereta Syarikat Rupanya - Wajah Wanita Stereng Lock Disebarkan.

#CDM25 trending worldwide kat twitter sejak tengah malam tadi. Pada jam 12 tengah malam, sehingga 40k tweet telah me-tweet perkara yang berkaitan dengan #CDM25. Ahhh.. amek kaw. Nak sangat 2k, 2k, i don't care sangat sekali satu dunia tahu dah aksi mengganas kau. Sapa yang tatau citer #CDM25 siap kena lauk kat twitter sebab ketinggalan zaman.

WAKAKA..





Nampak? Nampak??


Hah.. berbekalkan maklumat no plat semata2, status mengenai #CDM25 berjaya dikesan kemudian ramai yang hebahkan di laman sosial.


So, kereta syarikat? Dibeli atas nama syarikat mungkin kerana si Kiki ialah pemilik kepada perniagaan di atas.

Bukan itu sahaja. Identiti wanita yang mengamuk itu turut disebarkan sekali. Dipercayai, dia adalah pemilik kepada bisnes butik perkahwinan. Nama facebook perniagaan dia ialah Kiki Kerja Kahwin. Ketika ini, facebook miliknya deactivated mungkin akibat dibashing secara online bertalu2.

Ini apa yang tersebar di alam maya ;


Pernah masuk akhbar juga. Nampak gayanya memang dia seorang usahawan yang berjaya. Mungkin kereta tue dia beli secara cash sebab tak gemar berhutang katanya.


Aku simpati juga pada si Kiki neh. Teruk la dia kena cyber buli kat internet. Habis semua orang serang dia sana sini. Personaliti2 terkenal pun turut up posting pasal dia. Gambar. Semua sekali. Tak masuk lagi blogger2 macam aku. Kita orang semua sedang lakukan serangan online terhadap Kiki disebabkan perlakuan ganasnya yang sama sekali tidak boleh diterima oleh akal kita.

Tapi kan..

Si Kiki neh perlu diberi peluang untuk mengubah keadaan. Bukan suruh dia minta maaf kepada kita tapi minta maaf la pada uncle tue. Dua sebab dia kena minta maaf.

Pertama. Sebab membuli orang tua. Bercakap kasar. Biadap.

Kedua. Sebab racist tak tentu hala. So what kalau pun menjadi cina? Ia tak menjadikan ko salah atau apa. Kita neh 1 Malaysia akak oi. Lantak p la bangsa apa. Beza antara kita baik dengan jahat aje. Bila dia jahat, dia jahat la. Jangan heret agama dan bangsa kat situ.

Then, moga2 hidup Kiki akan menjadi lebih tenang dan bermakna selepas ini. Ambil pengajaran kali ini Kiki. Ia pengajaran berguna untuk dia dan kita semua. Anggap la apa yang berlaku ini adalah penebus kepada dosa2 kecil. Sabar la Kiki. Pandai mengamuk, pandai tanggung ye cik kak.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »