t>

Breaking News

Kontroversi Wilayah Iskandariah - Nilai Kekayaan Tengku Mahkota Johor Pada Usia 30.

Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat ke atas projek pembangunan 'FOREST CITY', terdapat satu lagi projek yang diluluskan untuk membangunkan sebuah pulau hampir separuh saiz Putrajaya di Selat Johor, menyusul dengan dua projek yang sama juga dalam perancangan.
 

Isnin lepas, Malaysiakini menekankan penglibatan sultan Johor di Forest City tetapi anaknya, Putera Mahkota Tunku Ismail Idris, juga telah membuktikan kebijaksanaan dalam dunia perniagaan dengan penglibatan dia dalam dua projek penambakan, kedua-dua dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd

Perniagaan empayar Tunku Ismail tidak terhad dalam negeri Johor semata-mata.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada September tahun lepas oleh syarikat Rowsley Ltd yang berpangkalan di Singapura, kepada bursa saham SGX republik itu, mereka telah mendedahkan bahawa Tunku Ismail telah menjadi pemegang saham utama dalam Rowsley Ltd.

Ini berlaku selepas beliau menerima pegangan 12.78 peratus dalam Rowsley Ltd bernilai S$ (singapore dollar) 81500000 (RM209 juta) selepas menjual seluas 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki oleh Tan Sri Khalid Awang Bay Sdn Bhd (VBSB), di mana putera mahkota itu mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam syarikat tersebut.

Penjualan tanah tersebut telah menyebabkan harta kekayaan Tunku Ismail berusia 30 tahun meningkat sekaligus berupaya untuk memberikan saingan kepada individu yang menduduki tangga ke-50 pada tahun 2014 dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia Forbes. Jutawan yang menduduki tangga ke 50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, pemaju hartanah bagi Mid-Valley City dan Garden Mall. Robert Tan mempunyai aset bersih sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman yang dibuat kepada SGX, baki 70 peratus pegangan dalam VBSB dipegang oleh jutawan dari Singapura, Peter Lim, yang juga memiliki sebahagian saham dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah 9.23 hektar yang ditukar milik dari syarikat milik Johor kepada milik syarikat berpengkalan di Singapura terletak di dalam Zon Ekonomi Utama, Iskandariah Malaysia.

"Ia adalah di kawasan pantai, hanya beberapa ratus meter dari bangunan baru yang menempatkan pejabat Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Johor, menjadikannya ia sangat mudah untuk rakyat Singapura berulang alik (mengunjungi) kerana ianya berdekatan dengan Singapura," dipetik dalam kenyataan tersebut.

Ini bukan kali pertama jutawan Singapura itu telah dikaitkan dengan keluarga diraja Johor. 





Pada bulan Mac lalu, adik kandung kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman (lihat gambar) yang berusia 21 tahun telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Soverus Group, juga dimiliki oleh Lim, untuk menyediakan (membekalkan) perkhidmatan keselamatan bagi Iskandariah Malaysia.

Perjanjian itu menyebabkan Putrajaya sedikit tersentak kerana ia melanggar dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk tidak melantik (melibatkan) mana-mana pihak (syarikat) luar dalam industri membekalkan ataupun menyediakan perkhidmatan keselamatan dan sekuriti negara.

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat-syarikat asing maka lesennya akan dibatalkan secara automatik dan perkhidmatan syarikat tersebut akan digantung.

Di Johor, Tunku Ismail mempunyai kepentingan (saham) dalam dua projek penambakan, satu di hujung barat daya Johor, di luar pantai Tanjung Piai, dan satu lagi di bahagian tenggara negeri ini, di sepanjang pantai Pengerang.

Projek tambak tanah di Tanjung Piai, seluas 1,410.3 hektar tanah, adalah tiga kali lebih besar dari saiz Pulau Sentosa di Singapura dan terletak kira-kira dua kilometer barat, kawasan pembangunan Forest City.
 

Lebih banyak projek penambakan akan menyusul.




Projek penambakkan yang terletak di antara Forest City dan Tanjung Piai melibatkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), loji janakuasa di Tanjung Bin dan muara Sungai Pulai di mana terletaknya kawasan hutan paya bakau yang besar, juga menjadi tempat di mana beratus-ratus bot nelayan mencari rezeki.

Manakala, projek penambakkan di Pengerang pula melibatkan tanah seluas 712,3 hektar dan sepertimana projek penambakkan sebelumnya Tanjung Piai, adalah bertujuan untuk dijadikan kawasan hub petroleum dan perindustrian maritim.
 

Untuk merealisasikan maksud projek, dua syarikat usaha-sama telah ditubuhkan bagi melakukan kerja2 (projek) penambakan - iaitu syarikat Spektrum Kukuh Sdn Bhd (SKSB) meliputi kawasan Tanjung Piai dan Spektrum Budi Sdn Bhd (SBSB) bagi kawasan Pengerang.

Benalec Holdings mempunyai majoriti dalam pegangan saham untuk kedua-dua syarikat tersebut, iaitu dalam jumlah sebanyak 70 peratus, menerusi anak-anak syarikat milik penuhnya Tanjung Piai Maritim Industries Sdn Bhd di SKSB dan Pengerang Maritim Industries Sdn Bhd di SBSB.

Manakala, kerabat diraja Johor pula memegang baki unit saham dalam syarikat2 berkenaan iaitu sebanyak 21 peratus.




Manakala baki lagi 9 peratus saham pula dipegang oleh Daing A Malek Daing A Rahaman, yang juga merupakan salah seorang anggota penasihat diraja mahkamah kepada sultan Johor.

Tunku Ismail dan Daing A Malek juga memegang jawatan pengarah dalam kedua-dua syarikat tersebut hasil siasatan Malaysiakini minggu lepas dalam SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tawaran wang multi-billion.
 

Antara projek-projek yang telah diumumkan oleh Benalec Holdings kepada Bursa Malaysia pada tahun 2012 ialah, di mana mereka telah mendedahkan bahawa Benalec Holding telah menandatangani satu perjanjian pembangunan dengan kerajaan Johor.

Di bawah perjanjian itu, SKSB dan SBSB akan diberikan hak eksklusif untuk menuntut semula kawasan tersebut dan sebagai pertukaran, kerajaan negeri akan menerima tiga peratus daripada hasil dari setiap jualan tanah.
 

Projek penambakkan di Tajung Piai melibatkan tanah seluas 1.410.3 hektar dan andaikata SKSB menjual sebahagian tanah yang berkeluasan 404,7 hektar di Tanjung dari 1,410.3 hektar yang ada, maka kadar jualan adalah di antara lingkungan RM2.5 bilion hingga RM3 bilion banyaknya.
 

Mac lepas meyaksikan Benalec Holdings mengumumkan bahawa SKSB telah memeterai ikatan perjanjian perniagaan dengan syarikat milik kerajaan negeri, iaitu Kerajaan Negeri Johor Secretary Inc dan 1MY Terminal Minyak Strategik Sdn Bhd untuk mengambilalih kawasan penambakkan seluas 404,7 hektar bagi tujuan pembinaan fasilitas, pemprosesan minyak mentah juga merangkumi kemudahan simpanan petroleum, berserta pembinaan jeti persendirian.

Walau bagaimanapun, projek-projek yang diuruskan oleh Benalec telah tergendala dan lewat dari tarikh asalnya akibat menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan dari EIA iaitu satu agensi yang berperanan membentang kajian berkaitan impak alam sekitar ke atas projek2 pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Kelewatan ini telah didedahkan sendiri oleh Sultan Johor dalam satu ucapannya ketika sidang DUN Johor bersidang pada 3 Mei yang lepas, di mana Sultan mengadu tentang tindakan EIA.

"Mengambil satu contoh ialah projek pembangunan tanah oleh Benalec, yang mana satu memorandum persefahaman telah ditandatangani pada tiga tahun yang lepas dan disaksikan oleh Perdana Menteri sendiri, tetapi sampai sekarang masih tidak boleh mendapat kelulusan EIA," memetik kata Sultan Johor dalam persidangan tersebut.

Esok, dalam siri ketiga, Malaysiakini akan mengulas mengenai perniagaan penjualan pasir yang melibatkan keluarga diraja, yang mendapat manfaat daripada kerja-kerja penambakan berskala besar Johor di wilayah Iskandar.


Artikel ini telah dialihbahasa.
Artikel asal versi English : Malaysiakini.