PAS Akan Beri Jawapan Petang Ini Samada Setuju Wan Azizah Dilantik Sebagai MB Ataupun Tidak.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat petang ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan nama pengganti beliau.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin memaklumkan partinya hanya mencadangkan satu nama iaitu presiden PKR,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.

Anwar juga memaklumkan cadangan tersebut akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun PAS Selangor tetap dengan pendirian mereka yang mahukan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata pihaknya tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Wan Azizah.

Dewan Harian PAS Pusat pula mengadakan mesyuarat hingga awal pagi tadi bagi membincangkan pemilihan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid.

Sementara itu, Abdul Khalid mengingatkan PKR supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tegas Abdul Khalid, PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang  mereka inginkan.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya pada Selasa.

Manakala Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar pula berkata Anwar tidak memahami perlembagaan negeri.

Katanya, untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). - Awani -

 

Petikan berita dari Awani.

Kalau PAS pusat bersetuju ingat PAS Selangor boleh lawan ka? Setakat neh beberapa pimpinan dari PAS pusat setuju tau tak?

Hehehe..

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »