t>

Breaking News

DAP Timbang Semula Kewujudan Pakatan Rakyat Selepas PAS U-turn.

Bolak balik. Aku rasa ramai yang keliru. Mustahil tak keliru dengan tindakan PAS dalam isu MB Selangor.

Takde kaitan nak menilai samada tindakan PAS salah ataupun betul dalam krisis MB Selangor cuma nak ulas pendirian PAS. Tak semestinya bila mereka UTURN maksudnya salah ataupun bila tak UTURN mereka betul tapi nak bagitau bila mereka tak sebulat suara dalam membuat satu2 keputusan, tindakan mereka itu sebenarnya membuatkan ramai orang terkeliru.

Katakanla. Bila PAS seriyus taknak tukar MB dan pertahankan pendirian mereka, itu lebih baik daripada kejap setuju, kejap tak setuju, kejap nak ada dua nama, kejap cakap setuju tukar tapi taknak sokong DSWA (taknak sign SD), kejap cakap serah kepada sultan Selangor, kejap begini kejap begitu, tak ke membuatkan orang keliru?

Kalau tak rasa nak membuat keputusan, atau perlukan masa, lebih baik cakap terus terang. Buat apa buat kenyataan2 pelik kat depan media sehingga membuatkan orang pun sangka yang pelik2.

Tak faham sebenarnya apa yang PAS nak dan apa sebenarnya yang PAS cuba nak buat dalam krisis MB Selangor. Geng2 PKR dan DAP tak henti2 serang PAS. Tak semestinya kritikan mereka tue betul tapi bila PAS berbolak balik dalam membuat keputusan, bukan kah ini memberikan persepsi bahawa PAS seperti dipaksa2 untuk setuju dengan DAP dan PKR dalam isu pertukaran MB Selangor? Itu sebabnya PAS berbolak balik. Sekaligus isu UG akan dimainkan berkali2 dan penyokong2 korang pula bergaduh sesama sendiri macam hapa. 

Sampai bila agaknya korang boleh mencapai satu keputusan yang muktamad dan sepakat?

Ini la yang sebenarnya membuatkan penyokong2 korang keliru. Dan DAP Selangor pula dalam kenyataan mereka mahu memikirkan semula significantnya kewujudan PR bila PAS asyik berbolak balik dalam isu MB Selangor.


DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. -MKINI-