t>

Breaking News

Exco PKR Dan DAP Yang Anti Khalid Dipersilakan Berambos.


Apa kata kita semua selami apa yang kini berlegar dalam fikiran EXCO-EXCO PKR dan DAP..
Sambil termenung diatas kerusi empuk di pejabatnya seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor mencongak samada beliau perlu letak jawatan EXCO itu atau terus memegang jawatan tersebut..

Dalam hatinya berdetik "Kalau aku letak jawatan EXCO ni.. income aku RM20,250 sebulan hilang, tinggal kat aku ialah elaun ADUN sebanyak RM11,250 sahaja..."

"Minyak, bil handphone, kereta, driver dan berbagai kemudahan yang ada semua aku akan hilang, drastik betul penurunan income aku kalau aku letak jawatan.."

"Boleh ke aku survive ni? macam mana aku nak bayar loan rumah?.. kereta mewah baru aku pulak tu nak korek mana duit nak bayar installment?"

Maka sambil meletakkan tangannya di dahi dinyalakan sebatang rokok sambil bersandar di kerusi empuk yang disayanginya dalam pejabat itu memikirkan perlu atau tidak meletakkan jawatan EXCO itu..

"Kalau ikutkan hati... rugi rasanya nak lepaskan jawatan EXCO tu, tapi Khalid dah sound dah tu..."

"Nak ikut arahan parti atau nak ikut hati ni??.. Kalau aku letak jawatan.. jawabnya tak cukup makanlah aku.. silap haribulan kena jual kopi macam kawan aku di Utara tu.."

"Hish.... susahnya...."

Mungkin itu yang berlegar dalam hati EXCO-EXCO yang diminta lepaskan jawatan oleh Khalid itu sekarang ini....


Khalid tak perlu exco PKR, DAP 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP. 
Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco. 
"Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini. 
Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau. 
"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco," kata beliau. 
PAS Selangor semalam memberitahu exco mereka akan terus bekerjasama dengan Khalid kerana tiada masalah dengan pentadbiran beliau. 
Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula hari ini berkata, exco mereka akan menjalankan tugas seperti biasa bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sehingga keputusan baru dibuat. 
Empat orang exco PAS ialah pesuruhjayanya Iskandar Ab Samad, timbalan pesuruhjaya Sallehen Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali. 
Khalid menyatakan pentadbiran negeri tidak bermasalah kerana memperoleh cukup sokongan dari penjawat awam Selangor. 
"Pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik, pentadbiran negeri ditadbir oleh exco dan disokong serta dilaksanakan penjawat awam. 
"Oleh itu saya tak nampak ada masalah atau kekurangan kecekapan," kata beliau lapor Malaysiakini

Apa kata kalau ADUN-ADUN yang ada sekarang ni yang tidak setuju dengan dasar atau cara Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor turut jejak Menteri Kanan di Kementerian Luar Britain ni..

Sayeeda Warsi dilaporkan tidak mampu lagi untuk terus menyokong dasar kerajaan Britain berkenaan konflik antara Hamas dan Israel oleh itu beliau meletakkan jawatannya... 


Sumber : ASD.