Kadar Tol Naik 400% - Gambar2 BAS Kilang Mogok.












Ratusan pekerja kilang Malaysia yang menuju ke Singapura terpaksa berjalan kaki merentasi Tambak Johor selepas bas kilang enggan melalui pusat pemeriksaan berikutan pelaksanaan kadar tol baharu pada Jumaat.

Eksekutif Front Office, Adrian Dinesh, 30, berkata ia kelihatan seolah-olah maraton sedang diadakan di sepanjang Tambak Johor.

"Ratusan pekerja terpaksa berjalan kaki kerana bas tidak mahu menyeberangi pusat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata, sekumpulan individu mula berjalan menyeberangi Tambak Johor seawal pukul 5 pagi.

Ramai pihak menyu
arakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan kadar tol dengan berkata kenaikan mendadak lebih 400% itu terlalu tinggi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada minggu lalu menetapkan bermula 1 Ogos ini, pengguna memasuki Singapura menerusi Tambak Johor perlu membayar RM16.50 untuk bayaran tol keluar masuk  di  Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

EDL adalah lebuh raya yang dibina untuk membantu menyuraikan lalu lintas menuju ke bandar raya Johor Baru.

Kenderaan yang menggunakan EDL ti
dak perlu membayar tol bagi jarak perjalanan sepanjang lapan kilometer di dalam kawasan Johor Bahru, Johor.

Malah kenderaan yang tidak melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru boleh terus menggunakan lebuh raya itu secara percuma.

Kadar tersebut dilaksanakan secara elektronik di kedua-dua arah menggunakan kad Touch 'n' Go, dengan tiada lagi kaunter ba
yaran tunai disediakan.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.2
0, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama s
ejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30. -OK-

Share this :

Previous
Next Post »