PKR Kemuka 6 Sebab Utama Kenapa Khalid Ibrahim Perlu Disingkirkan.

 
PKR menyerahkan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam sebab untuk menyakinkan PAS dan DAP mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari jawatannya.

Dalam laporan itu, kes penyelesaian hutang yang disifatkan 'luar biasa' antara Abdul Khalid dan Bank Islam menjadi perkara utama dibangkitkan oleh PKR.

Laporan tersebut mendakwa penyelesaian hutang itu dibuat di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas.

"Tetuan Tommy Thomas hanya tahu keputusan Bank Islam untuk menggugurkan saman tuntutan baki hutang melibatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di saat-saat akhir pada pertengahan Februari 2014 dan beliau langsung tidak terlibat dalam sebarang rundingan untuk menyelesaikan tuntutan ini (seperti lazimnya yang mana peguam terlibat sama merundingkan sebarang penyelesaian di luar mahkamah)," dakwa PKR menerusi laporan tersebut.

PKR mendakwa Abdul Khalid menyelesaikan kes hutangnya itu dengan mengadakan rundingan yang dilakukan oleh setiausaha politiknya. Rundingan dilakukan dengan tokoh korporat, Tan Sri Rashid Manaf, yang juga bekas peguam kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

"Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," kata laporan itu lagi.

Selain kes penyelesaian hutang ini, PKR menyatakan kes perjanjian kerajaan Selangor dan syarikat pemaju Ecoworld Berhad yang dipengerusikan oleh Rashid sebagai alasan kedua untuk menggugurkan Abdul Khalid.

Alasan ketiga yang diberikan oleh PKR dalam laporan itu ialah perjanjian penstrukturan air antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

PKR mendakwa perjanjian yang dibuat oleh Abdul Khalid itu merugikan dan tidak membantu menyelsaikan masalah air di selangor.

Pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dikatakan mendapat bantahan banyak pihak juga dijadikan alasan oleh PKR untuk menyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain empat alasan tersebut, PKR berpendapat Abdul Khalid perlu disingkirkan kerana pentadbirannya gagal mengatasi masalah sampah dan menaikkan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkirkan Khalid yang dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikkan harga lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Laporan disertakan bersama sepucuk surat daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Musatafa Ali.

Saifuddin dalam suratnya berharap agar Mustafa dapat membawa laporan PKR itu ke mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Ogos ini.

"Saya memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk memanjangkan laporan ini kepada keseluruhan AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos 2014 mengenai perkara ini," kata Saifuddin dalam surat tersebut.

PKR juga, kata Saifuddin, akan menyerahkan laporan tersebut kepada PAS Kawasan seluruh negara dan kepada semua wakil rakyat PAS.

Pada Isnin, Saifuddin membuat kenyataan bahawa PKR akan menyerahkan laporan melibatkan isu integriti Abdul Khalid kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan balasnya, Abdul Khalid mendesak supaya Saifuddin dan PKR membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Polis.

Abdul Khalid juga tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. -Awani-

Share this :

Previous
Next Post »