Ramly Burger Kena Kritik Kaw2.

Ada juga orang yang sentap dengan kritikan yang membina. Pelik aku. Takan la tak boleh nak mengkritik RAMLY BURGER langsung? Cuba jangan sempitkan pemikiran dengan beranggapan setiap kritikan adalah bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan orang? Kenapa tidak anggap bahawa pihak2 yang mengkritik adalah berniat untuk perbaiki mutu perniagaan anda?

Hak ala..



Kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru la boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik beberapo gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu milik den. Amacam? Ngeee..

1] Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis! Hampeh punyo member. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Kalau betul den puji sesangat. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek!

2] Den pun amik order. 

"Bang, mintak 3 set Oblong Kambing"

"Yang set punya pakai air tin Pepsi, nak tukar ke encik?"

"Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?"

"Tambah 50 sen cik. Ini airnya" Sambil tunjuk ke kiri den.

Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. Hadusss.

"Bagi je ler air mangga tuu"

"Ok encik amik ni" 

Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.

"Ape ni?"

"Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti"

"Erk..."

3] Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dalam. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.

4] Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order diorg tongah byk la tuh. Kito kono sangko baik la kan. Ngeee...

5] Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil-panggil nombor giliran yg den tongah pegang nih. Budak tuh asyik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar.

6] Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot. Ini bukan fastfood bro. Kalau order oblong daging unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.

"Bang, mana sos?"

"Tepi ni je bang" 

Sambil tunjuk bahagian kanan den.

Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 laras lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa sobab copek penuhi mangkuk sos plastik yg kiut tuh.

7] Hak ala, besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Kami tertipu dgn gmbr iklan yg dipaparkan oleh Kiosk Burger Ramly. Ceh. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal aku datang. Baik kite makan kedai tomyam. Duit rm10 boleh beli mcm-mcm, lagi puas hati. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bagi kek den. Haa mcm tu lah member. Ngeee...

8] Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah-tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali. Den bagi A plus plus. Terbaiklah!

9] Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati tak sodap pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?

10] Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap smlm, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.

11] Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :

- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger. 

- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.

- Sila beroperasi 24 jam. Bilo bukak 24 jam, boleh dapek customer 24 jam jugak. Untung bergando beb.

- Kentang goreng kasi sodap la bro.

- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.

- Kono pandai cari publisiti. Den bagi satu contoh, sila taja jersi kelab atau negeri pasukan bolasepak yg bertanding dlm Liga Super Malaysia. Satu pasukan pun jadilah. Kalau boleh taja pasukan yg glemer mcm pasukan Selangor, JDT atau Kelantan.

- Kualiti daging mestilah tip-tip. Begitulah jugak dgn minyak yg mengorengnya. Karang tak pasal-pasal kono saman dgn Jamie Oliver. Baru padan dgn muko kau labuuuu. Ha Ha Ha.

- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood yg ado dlm market. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri. Cipta branding/jenamo yg tersendiri. Bilo ado jenamo sendiri, ia memudahkan customer utk mengenali kiosk anda.

- Utk air minuman, bagilah pilihan cup regular dan large. Sbb nafsu customer ni berbezo-bezo. Ado nak yg bosa dan ado nak yg kocik. Begitu jugak dgn set-set menu yg Kiosk anda sediokan, buatlah set burger/oblong regular dan large samo mcm cup air. Buek extra large pun boleh. Ngeee...

- Sediokan wifi dan tv kpd customer.

- Buek servis delivery mcm Pizza Hut. Hantar Burger Ramly yg dipesan ke rumah-rumah. Kito bagi kojo kpd mat-mat rempit yg sdg menganggur. Amacam?

- Bagi menarik ramai customer, beriklanlah di tv dan radio. Jgn sekali duo. Bueklah selalu. Biar brand jenamo Ramly melekat di minda rkyt Malaysia. Iklan di tv haruslah berkualiti. Jgn main tangkap muat je mcm iklan herba, kecantikan tradisional dan ubat jamu yg selalu muncul dlm tv3. 

- Utk kiosk-kiosk Ramly Burger yg bakal dibuka kek seluruh negara buek la servis 'Drive thru'. Sonang org nak boli dan 'take away' bilo menaikki kenderaan. Kalau Pusat Zakat boleh buek 'Drive thru' bayar zakat fitrah utk org Islam, apsal Kiosk Burger Ramly tak boleh pulak? Ngee..

- Jgn bungkus burger oblong pakai selotip. Susah den nak bukak kertas balutan oblong tu time den makan smlm. Tak pro la balut oblong pakai selotip.

- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!

- Tolong jgn bukak satu kaunter time peak hour. Kehadiran customer yg sgt ramai krn boikot mekdi haruslah ditangani dgn segera oleh owner Ramly Burger. Kiosk anda perlu bukak byk kaunter dan jgn segan tambah pekerja. Pecayolah anda takkan rugi.

- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee...

12] Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.

Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn kebanjiran ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan meninggalkan kiosk anda dan kembali makan mekdi. Peluang sebegini jarang sekali muncul. Jadi baik anda jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!



Sumber : sini

Share this :

Previous
Next Post »