t>

Breaking News

Sultan Minta Khalid Ibrahim Tutup Mulut Isu Krisis Selangor.

Ini ada kenyataan terbaru dari pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Merujuk kepada satu dakwaan yang berlegar2 kononnya TSKI telah menipu sultan Selangor mengenai sokongan majoriti, sultan Selangor telah menasihatkan TSKI supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga  baginda pulang pada 27 Ogos.
"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang  baginda berpuashati bahawa saya  mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata TSKI dalam kenyataan tersebut.

Sambungnya lagi, baginda telah menitahkan TSKI supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk TSKI sendiri menghadap baginda bagi membincangkan perkara berkenaan.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa dia telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.