t>

Breaking News

Arab Saudi Mahu Pindahkan Makam Rasullulah SAW.


Semalam aku baca berita ini. Waktu malam. Nampaknya dari segi penulisan, macam ye ye jek Arab Saudi nak pindahkan makam Muhammad SAW. Sebelum neh di portal yang sama juga ada melaporkan beberapa berita berkaitan Islam yang aku rasa macam was2 nak percaya. Contohnya. Bila depa lapor pemimpin HAMAS bermewah2an di saat rakyat GAZA kesusahan. Aku baca la cuma aku ragu2 betul ke tak betul laporan berita berkenaan.

Dan rupa2nya memang patut pun aku ragu2 apa yang dilaporkan oleh The Independent terutamanya kalau bab2 berkaitan Islam dan sunni.

Nak tahu kenapa?

Baca ini jap ;

Dr Irfan Al-Alawi yang dipercayai merupakan seorang Syiah telah menulis satu artikel di laman web Independent yang kononnya kerajaan Arab Saudi mahu memindahkan makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Buat makluman Dr Irfan terkenal dengan sikap beliau yang anti-Saudi. Beliau sengaja mereka berita palsu untuk melaga-lagakan orang Islam. 

Ironinya setiap tahun berita yang sama berulang di laman Independent :

2011- http://t.co/c9fjNaSQKV

2012- http://t.co/hcaWIbzZE8

2013- http://t.co/Joad5uuCws

2014- http://t.co/Kywt5DHL20

Saya jangkakan berita yang sama akan berulang tahun hadapan. 

Harapnya rakyat Malaysia tidak lagi percaya berita karut seperti ini.

Namun malangnya, ia disiar di laman kiniTV di link berikut :  http://www.kinitv.com/video/10241O74


Harapnya pihak KiniTv dapat membuang berita tersebut dengan segera.


--------------------

Rujukan : sini

Owhh macam tue ke ceritanya? Lagi satu, ada sapa2 tak yang dok kat Arab Saudi? Mungkin kita boleh gunakan dorang sebagai infomer untuk mengesahkan berita di atas. Walaupun aku mengesyaki laporan TI tapi aku tak juga menolak kemungkinan yang Arab Saudi mungkin berbuat demikian. Segalanya mungkin sebab Arab Saudi pun bukanla betul mana. Cuma ye la, sejak2 baca laporan TI yang mengatakan pemimpin2 HAMAS bermewah2an tue buat aku rasa fishy je portal dia tue. Macam nak buat sentimen agar orang benci HAMAS pun ada aku tengok. Yang aku pelik. Orang kita neh. Asal aje media barat lapor terus nak cop betul. Maka ramai juga yang SHARE dengan NIAT PERCAYA bahawa HAMAS adalah seperti itu. Macam aku SHARE dengan NIAT NAK TANYA, betul ke tak betul laporan tersebut. Apa2 pun jika benarla laporan TI itu menyeleweng dari fakta asal dan tidak berasas, mohon orang kita jangan la percaya kandungan yang diterbitkan oleh TI secara membuta tuli. Baca boleh, nak percaya, lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.