t>

Breaking News

Kerana Kritik Tindakan Kerajaan Ke Atas PPS - Khatib Disiasat Polis Di bawah Akta Hasutan 1948!

GILA!!!!

Tak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas PPS pun kena dakwa di bawah akta hasutan?

Merepek sangat dah kerajaan kau neh. Merepek gila babik!


Seorang khatib ditahan di Pulau Pinang hari ini kerana didakwa mengkritik tindakan kerajaan persekutuan dan polis menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) secara beramai-ramai pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan perkara ini dan mengatakan dia ditangkap ketika hadir untuk disoal di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town pada jam 11.30 pagi ini.

Dia sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, kata Mior.

Satu laporan polis dibuat terhadapnya oleh ahli PAS Arif Ibrahim pada 5 September selepas mendengar kenyataan yang dibuatnya semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Acheh Lama, Jalan Terengganu, Pulau Pinang.
Dalam laporannya, Arif mendakwa dia berkata semasa khutbahnya menyuarakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik tindakan kerajaan pusat dan polis.

"Pada pandangan saya, khatib itu menghina kerajaan dan polis," katanya dalam laporan yang dibuat.

"Cara dia membuat kenyataan itu seolah-olah dia hendak menghasut jemaah supaya membenci kerajaan dan polis."

Mior berkata khatib itu sudah dipanggil untuk memberi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, khatib itu, Abu Bakar Baikalani Abu Hassan, 44, dibebaskan polis dengan ikat jamin pada jam 8 malam ini.

Bercakap kepada media selepas disoal polis selama sembilan jam, dia berkata semasa khutbahnya hanya memberi contoh kebaikan yang dibuat PPS di kawasannya di Permatang Pauh.

Pemangku Yang di-Pertua PAS bahagian Sik itu mengatakan dia diminta melaporkan diri ke balai polis pada 10 Oktober depan. -TMI-