t>

Breaking News

Mahathir Sokong Azmin Secara Terbuka - Harap Tiada Usaha Singkirkan MB Baru.

Macam mana agaknya la ek geng2 PKR nak counter attack. Nak ciplak ayat presiden PAS yang mana la untuk sesuaikan dengan situasi mereka kali neh. Nak ciplak ayat dari Hadi Awang tak boleh. 

Dah jadi musuh mereka. Nampaknya kena godek2 ayat orang yang dah meninggal dunia la. Sebab orang yang dah meninggal dunia tak boleh nak bercakap. Kalau la ayat2 mereka disalahgunakan pun bukan mereka boleh bangkit dari kubur dan betulkan. Mereka dah tak boleh bercakap kan. So ayat2 orang yang dah meninggal la paling sesuai untuk memperlihatkan PKR berada di posisi yang betul. G la cari geng2 PKR. Mesti korang dapat jumpa punya. Di mana ada kemahuan nak membelit, pasti disitu ada jalan nak mempropaganda. 

Insya-Allah.

HAHAHAHAHAHAHA..

No Azmin. Just geng2 PKR aje. Azmin perlu diberi ruang untuk mentadbir tapi geng2 PKR neh perlu juga sedar bahawa dorang terludah muka sendiri kot.

Dorang kan selalu guna ayat. Kalau musuh sokong kita blablabla.. maka kita automatik dah jadi teruk. Macam tetiba geng2 UMNO p sokong Khalid. Bukan yang sokong tue bermasalah, tapi yang disokong itu pula yang dipersalahkan. Yang neh geng2 PKR nak salahkan sapa? Percayalah. Geng2 PKR beranggapan mereka tuhan. Mereka tak pernah salah dan takan salah. 

So, bila Mahathir nyatakan secara terbuka, tanpa berselindung bahawa dia ;

1. Menyokong Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

2. Harap tiada undi usul tak percaya terhadap Azmin Ali

3. Mahu semua pihak memberikan sokongan dan terima perlantikkan Azmin sebagai MB Selangor yang baru

4. Menyokong tindakan Azmin kurangkan bilangan exco PAS di Selangor

Pasti geng2 PKR akan berhujah bahawa ini adalah konspirasi UMNO untuk tarnish imej Azmin. Geng2 PKR sentiasa ada alasan dan hujah yang memenangkan mereka. Ini fakta. Maksud aku, sikap mereka. Ini fakta. Tak percaya? Korang tengok la. Aku kerat leher kalau mereka tak gunakan hujah di atas dalam ruangan komen.

MUAHAHAHA...
 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan kepada menteri besar Selangor yang baru dilantik, Mohamed Azmin Ali, dan berharap tidak akan ada undi tidak percaya terhadap beliau apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang November ini.

"Saya harap apabila Dewan Undangan Negeri bersidang, kebanyakan mereka akan menyokong Azmin. Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor perlu mencari MB baru," Dr Mahathir dipetik berkata dalam laporan media.

Dr Mahathir juga mempertahankan keputusan Azmin untuk mengurangkan bilangan exco PAS daripada empat kepada tiga.

"Itu adalah hak MB, sama ada beliau mahu meningkatkan atau mengurangkan. Beliau boleh melakukan apa sahaja yang dia rasakan sesuai. "Beliau tidak perlu mengekalkan empat exco hanya kerana pentadbiran sebelumnya berbuat demikian," kata Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan.

Spekulasi bertiup kencang Azmin akan menghadapi undi tidak percaya November ini kerana beliau bukan pilihan parti itu untuk jawatan MB.

- TMI