Pengguna Media Sosial Dedahkan Kes - 'Ibu Kepada Bayi Ini Dirogol Bergilir2 Oleh Polis'.

Ini la yang tersebar di laman sosial.

Rujuk ;


Mestilah sudah tiada jalan lain lagi sehingga terpaksa disebarkan wajah anak kepada wanita tersebut. Sehingga terpaksa gunakan media sosial untuk meluahkan kekejaman pihak polis terhadap warga asing.

Comel jek wajah anak dia. Baru berusia 2 bulan ;


Posting neh baru dikemaskini pada sejam yang lepas. 17 orang dah share. Aku syak, ini sekadar syak saja.

1. Pihak pengadu cuba dapatkan simpati umum terlebih dahulu.

2. Mungkin, ini hanya mungkin, merujuk kepada kisah lepas, yang aku dengar sendiri dari orang2 Indonesia sampai menangis2 aku, memang sesetengahnya layan dorang begitu teruk. Tak tergamak aku nak citer satu persatu. Sebab tue aku kadang2 boleh faham kenapa orang Indonesia benci sangat kat Malaysia. Kadang2 memang betul ada warga asing yang jahat. Tapi bukan semuanya jahat. Dan, tak dinafikan ramai diantara mereka bukan saja tidak jahat sebaliknya ditindas pula kat negara orang. Sudah la ditindas, takde sapa2 pula nak membela mereka. Kesian kot. Orang tue datang sini nak kerja elok2. Tak kacau orang. Nak cari rezeki. Kat negara sendiri nak makan pun susah. Alih2 datang sini ada yang kena tipu dengan ejen, ada yang kena dera dengan majikan, lagi lancau p rogol, yang teruk ada yang sampai rogol ramai2, yang babik sudah la rogol, minta duit perlindungan lagi. Ya Allah. Habis rosak segala. Jika kita tak bersuara, itu bermaksud kita membela kemungkaran. 

Tapi, agak2 korang, berapa ramai rakyat Malaysia yang sedar kesengsaraan yang orang2 Indonesia neh alami?

Itu sebab. Jangan pelik kalau sampai dorang buat 'wilayah Indonesia' kat Malaysia. Pada kita, itu ancaman, pada mereka itu perlindungan. Itu kawasan yang polis2 nak usik pun tak berani usik kot.

Pada yang takde geng, sendirian, kecil ataupun bukan ada pengaruh, memang la senang dibuli akibat tak faham undang2.

Pada yang tahu bagaimana undang2 beroperasi, memang kena lanyak balik la polis2 neh.

Sudahnya orang2 biasa macam kita, rakyat yang tak terlibat, tak pasal2 turut sama terjejas dengan perkara tersebut. Soal keselamatan sentiasa jadi isu bila membabitkan warga asing. Rakyat pun rungsing, warga asing pun rungsing.

Pihak berkuasa tidak memainkan peranan yang sepatutnya dorang mainkan. Warga asing yang betul2 buat masalah, duit akan menjadi penentu. Warga asing yang datang kerja elok2 pula dibuli. Macam mana kita tak rosak segala?

Apa2 pun merujuk kepada posting di atas, aku harap pihak berkuasa boleh siasat segera akan kes neh. Jangan double standard. Setiap mangsa jenayah adalah mangsa jenayah. Setiap perogol adalah penjenayah tanpa kira dia pakai baju apa sekalipun. Polis atau bukan polis. Keadilan perlu ditegakkan. Adakah benar ibu kepada bayi malang itu dirogol bergilir2 dalam balai polis? Jika benar, tolong siasat. Jika tak benar, tolong clearkan isu. Masyarakat perlu tahu akan kebenarannya.

Share this :

Previous
Next Post »