PKR Akan Serahkan Surat Penjelasan Kepada Sultan Selangor Kenapa Hanya DSWA Layak Jadi MB.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismial berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisi jawatan Menteri Besar.

Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

PKR akan memberikan fakta mengapa nama Wan Azizah sahaja yang dipilih.

“Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini,” kata Saifuddin yang merangka surat itu sendiri.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.

Share this :

Previous
Next Post »